JAWATAN KOSONG @ KERJA KEDUA UNTUK GAJI TAMBAHAN SECARA SAMBILAN.Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni..ramai orang resah dan gelisah. Bawa bertenang & bersabar. Alhamdulillah kerana Anda kini sedang berada di tempat yang tepat. PELUANG JANGKA PANJANG & MEMPUNYAI LEVERAGE PENDAPATAN YANG SANGAT SANGAT BAIK.
Jumaat
Rabu
PENDINDING DIRI -Mari Kita Amalkan
Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.
i. Baca Istiqfar - 3 kali.
ii. Baca Selawat - 3 kali.
iii. Baca Fatihah - 1 kali.
iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):
- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -
1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.
2. baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.
4. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.
6. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.
8. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.
10. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.
12. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.
14. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.
15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.
Rujukan :
Lailatul Qadar -Ya Allah ,Berikanlah Kekuatan kepada kami untuk beribadat dengan ikhlas.
"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)
Ibnu 'Abbas r.a. menceritakan; Saidina Umar r.a. telah menghimpunkan sahabat-sahabat Nabi r.a. dan bertanya mereka tentang Lailatul-Qadar. Mereka semua bersepakat bahawa malam itu berada dalam lingkangan 10 malam terakhir Ramadhan (HR Imam at-Thabrani).
Adapun tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam tersebut dan pada siangnya, sabda Nabi s.a.w; "Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan" (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu 'Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 7728).
Berkata Imam al-Minawi; "Para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)" (Faidhul-Qadier, hadis no. 7728).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. At-Tajul Jami' Lil-Ushul, Syeikh Manshur 'Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80.
2. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir, surah al-Qadar.
3. al-Asas Fi at-Tafasir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar.
4. Faidhul-Qadier; syarh al-Jami' as-Saghier, Imam al-Minawi.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Selasa
Sedikit masalah BESAR dalam keluarga Pak Ngah Mat -Ani
Jumaat
DOSA BESAR -SYIRIK
Renungan Ramadan
1) BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT.
Ia adalah satu DOSA yang AMAT BESAR. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja boleh menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi MENJADI SIA-SIA.
2) Tidak mengutamakan solat fardhu secara berjemaah sebagaimana Solat Sunat Tarawih berjemaah. Ini jelas suatu KEJAHILAN yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa atau buat2 lupa serta tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat.
3) BERPUASA TANPA MENJAGA AURAT DENGAN SEMPURNA.
Ini adalah suatu DOSA BESAR dilakukan oleh Orang2 yang berpuasa. Tidak menutup aurat dengan SEMPURNA bermakna seorang individu itu secara berterusan berdosa dengan Allah s.w.t.
Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
4) BERSUNGGUH-SUNGGUH BERIBADAH HANYA DI AWAL RAMADDAN
Ini adalah mentalitI masyarakat kita sekarang. Sedangkan 10 hari Pertama Ramaddan Allah s.w.t kurniakan 'Kerahmatan', 10 hari kedua Allah s.w.t ampunkan dosa2, 10 Hari yang ke-3 Diselamatkan dari Api Neraka…! Juga di akhir Ramaddan adanya Malam Lailatul Qadar..Diberi Ganjaran pahala seumpama beribadah 1000 Bln …!!
Tapi org kita sibuk dengan Malam Lailatul 'Bakar' kuihnya…. Malam Lailatul 'Pelitanya'.. Malam Lailatul 'Balik Kampungnya'…. Aduuuuuuh ruginya….!!!
5) MALAS BANGUN SAHUR JADI MAKAN WAKTU TENGAH MALAM.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
6) BANYAK TIDUR DI SIANG HARI DENGAN ALASAN IA NYA SATU IBADAH
7) BERPUASA TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN DOSA RIBA'.
8) BERSAHUR TANPA ADA AMALAN2 LAIN CONTOHNYA SOLAT TAHAJUD, TAUBAT, HAJAT.
9) KURANG BERDOA KETIKA BERPUASA DAN BERBUKA.
Khamis
Re: Wedding
Asslamualaikum,SELAMAT HARI ULAGTAHUN PERKAHWINAN KITA KE-7.Ucapan ini ditujukan khas buat insan tercinta suamiku... ShafawiTerimakasih diatas kasih sayang dan perhatian ke atas diri ini.Terlalu banyak kesabaran melayani kerenah diri ini.Berlimpah nasihat dan kata-kata perangsang dicurahkan.Bercambah cinta di setiap waktu.Terukir senyum walaupun terpalit kekecewaan.Jatuh dan bangun bersama dalam meniti usia.Berhati waja dalam menjalankan tanggungjawab sebagaiseorang anak, suami, abah dan abang.Isterimu...Memohon maaf atas ketelanjuran kata dan tindakan.Mengharapkan kematangan dalam mencari petunjuk ke arah kebaikan.Inginkan bimbingan agar menjadi isteri yan solehah.Memohon restu atas segala tindakan agar diberkati.Ya Allah kau berkati lah rumahtangga kami. Lapangkan hati kami dan anak-anak demi menjaga agamaMu.Amin Ya Rabbal 'Alamin
Rabu
9-9-2009 = 7
Khamis
Tazkirah Ramadan #1
Riwayat At Tirmizi, Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T." (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat) .
2.