#1 : anak dan ibu macam ini lah..sapa lagi. inilah julung kali 'ammaar rai hari lahir di kg.
JAWATAN KOSONG @ KERJA KEDUA UNTUK GAJI TAMBAHAN SECARA SAMBILAN.Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni..ramai orang resah dan gelisah. Bawa bertenang & bersabar. Alhamdulillah kerana Anda kini sedang berada di tempat yang tepat. PELUANG JANGKA PANJANG & MEMPUNYAI LEVERAGE PENDAPATAN YANG SANGAT SANGAT BAIK.
Isnin
Cuti Sakan (6~13Jun09) -'ammaar sufiyy
#1 : anak dan ibu macam ini lah..sapa lagi. inilah julung kali 'ammaar rai hari lahir di kg.Cuti sakan..gambar (06~13 June 2009)
#1 : Bukit Wang... dah dekat pukul 6 baru pergi...ada kisah seram tapi terkawal...Rabu
HPA-Produk Halal Tanggungjawab Bersama
Assalamualaikum, semua.
Hari ini saya hendak berkongsi pengetahuan bersama 1 produk MLM SYARIAH iaitu HPA.Saya mula mengenali HPA , bila mana Pak Nyang Kamal berkerja dengan syarikat ini lebih kurang 10~13 tahun lepas.
Sekarang HPA sudah berkembang pesat melalui pelbagai produk halal untuk memenuhi keperluan umat islam khasnya.Sila rujuk link link di bawah ini untuk panduan dan rujukan berkenaan produk dan aktiviti HPA.
2.http://jawiherbshop.blogspot.com/search/label/Berita%20HPA
3. http://jawimedherb.blogspot.com/
Untuk pengetahuan, saya adalah salah seorang ahli HPA .
Niat saya me-wawarkan perkara ini ialah jika suatu masa ada di kalangan kita yang berminat untuk menjadi ahli HPA , bolehlah masuk di bawah saya atau adik beradik kita yang sudah/akan menjadi ahli.
Bagi yang sudah pun menjadi ahli , bolehlah kita berkongsi maklumat bersama. Bagi yang belum dan yang berminat bolehlah menghubungi saya di alamat email;
Harapan saya semoga rangkaian produk halal dalaman keluarga kita dapat serba sedikit menyumbang kepada rangkaian besar produk halal umat islam di seluruh dunia .
Di sini saya ingin memohon keizinan semua untuk menghantar infomasi HPA dari masa ke semasa untuk dibaca dan dinilai.
Terima kasih.
Berminat menjadi ahli?
Bayaran = RM 30.00 (seumur hidup)
Kelebihan menjadi ahli:
1. dapat beli barang dengan harga ahli.
2. dapat point untuk mendapat bonus belian sendiri dan rangkaian.
Isnin
Cuti Sekolah, Balik Kg, Kriang Dot,Kenduri,Balik KL,Kerja....




Semoga berjumpa lagi...terima kasih.
Khamis
Ya Allah "Kurniakan kami ilmu yang bermanfaat".Amin.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Jika anda terlalu dibebani dengan pekerjaan, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, adalah amat penting untuk anda berehat bagi memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda yang semakin berkurangan itu. Jika dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.
Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh berfungsi jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap
hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang
bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan
kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga
dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Ahad
Kerja Malam...
Sekarang saya berkerja di Cyberjaya. Ada Power Arrangement oleh pihak TM.
Bersama 7 orang rakan.
Jangka selesai jam 5 pagi.
Semoga berjumpa lagi...terima kasih.
Jumaat
Khutbah Jumaat Masjid Tabung Haji Kelana Jaya
Rabu
Mahadhir di Kuala Lumpur -20May2009

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.
Mak ....
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-
sahabat anda.







