Jumaat

April dan May 2011

Salam semua,
 
Lama saya tidak update blog ini...
Hari ini ada masa free...biasalah kerja hari jumaat..kerja macam tak kerja
Sepanjang April dan awal Mei..ada beberapa peristiwa peristiwa dalam keluarga mak mah dan mak azizah..pahit manis silih berganti menjadi ujian dan pengajaran kepada semua.
Awal April pak dan hawa mai kl.mak mah katanya kena jaga rumah.Ani balik dengan pak selepas p hantaq ateh balik asrama.bergambar kenangan tidak dilupa.Semua tidak perasan yang isteri tercinta saya hamil kali ke 3.mabuk,pening,lemah,muntah dilalui dengan penuh sabar.kasihan. Ada pendarahan kecil..!!! kena rujuk pakar kata doktor .Bukan apa cuma nak dapatkan view doktor lain..hmmm cemas tapi hati ku pujuk untuk redha.banyak kemungkinan bersimpang siur di otak saya.baik jahat bergaduh.hmmm saya pohon keampunan Allah atas semua lintasan buruk yang singgah.
Minggu ke 3 april,mak azizah sampai ...alhamdulillah rawatan berkhabar baik .biasalah kalau kena maintain ubat2 hospital.Minggu ke 4 , isteri saya masuk hospital untuk D&C.Air mata tidak menitis lagi tidak seperti minggu sebelum..rezeki belum ada untuk semua terutama 'kak ngah'.ceria beliau menghiburkan.. bersabarlah sayang.hingga ke saat ini tidaklah ku tahui adakah masih ditunggunya adik.?
Ani bertunang pada 1may atas tarikh cuti hari perkerja.ye..la dah cuti 3 hari..ambil kesempatan. Moga hajat besar ini berjalan lancar .mak lang ceria,tok lang ada pendapat agak tegas, pak dan mak mungkin pening,kami tension, adik wiyah berperanan baik atas hajat baik,adik zun dengan isteri ..oklah.inat rambut belum panjang..harap kutu sudah serik dengan kepala baru dia.
Isteriku liza cuti 15 hari...macam best tapi dalam hati siapa tahu.Hanya kepada Allah tempat untuk memohon dan meminta atas segala hajat di hati (hat baik2 saje)
Kerja ku sekitar kl..sepanjang waktu2 penting ini.bos faham tapi tak boleh harap sangat.
Banyak jugalah gambar sepanjang April dan Awal mei..akan saya upload dari masa ke semasa.
jumpa lagi.
maafkan jika ada silap dan salah..
 
 

Sabtu

23-Apr-2011

Salam semua,
 
Malam ini alhamdulillah dapat beri masa utk pergi ke majlis ilmu di masjid. Ustaz Hassan dan Ustaz Reza beri forum. Lama juga hampir 2 jam.Isu berkisar tentang kawin 2,3 &4.Ustaz Hassan kata kebanyakan mamak kawin 1.Pasai setia. Ustaz Reza kata "orang Banjar banyak kawin ramai".
Iklan fokus kepada makan nasi kandar 'Line Clear' yg di bawa khas dari penang. Juru masak mai peturun ilmu kat org masjid. Sedapp..mungkin perut laparr..tapi memang kickk.
Jam 10.30 sampai rumah..

Selasa

Kuantan...Gebeng 12-Apr-2011

Salam semua..
 
Sejak semalam saya berada di Gebeng ,Kuantan. Layan FMS system.Ingatkan boleh siap petang ini...jadi terpaksalah tangguh esok hari.
Malam tadi terserempak dengan orang jual maman, budu dan jeruk petai...apa lagi beli la buat bawak balik rumah nanti. Terbayangkan akan nikmatnya. Alhamdulillah.
Juadah petang ini dibelanja oleh member kuantan ..cendoi pulut , kopok leko goreng tepung. Malam pulak tak tahu lagi ..mungkin nasi goreng kot.
Teringat nak buat kejutan malam ini dengan balik awai ke kl ...hmmm nasib baik esok last di kuantan cuma jangan petang sudah la.
ok jumpa lagi...

Jumaat

Sejarah April Fool

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan 'tidak' untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama' palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua'lam.

http://www.mykhilafah.com

tazkirah 1-April-2011

===============================================
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian,
dan bukan berarti aku orang yang terbaik di antara kalian,
bukan pula orang yang paling shalih di antara kalian.
Sungguh, akupun telah banyak melampaui batas terhadap diriku.
Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna,
tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya.
Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya
kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna,
niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat.
==============================================
[Al Imam Hasan Al Basri ]
 
--
Agama adalah NASIHAT
 
------
·         Orang-orang yg berilmu agama adalah org yg kucari di setiap tempat. Mereka adalah tujuan yg selalu kucari. Dan aku menemukan kesholihan hatiku di dlm bergaul dgn mereka. (حلية الأولياء وطبقات الأصفياء , IV/85 )
·         -------
"Barangsiapa yg mengajak org lain kpd kebaikan maka baginya pahala semua org yg mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun." (HR Muslim)

Isnin

Tazkirah sikit pagi pagi ini...moga ada manfaat

Salam semua...
 

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia

by

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan
dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata:
"Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak."

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: "Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan
berkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." - (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?"
Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan
bersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang membuat gambar ini
akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu."

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: "
Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib." - (Riwayat Nasai').

Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: "Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa:
"Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. " - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. - (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud:
"Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat."

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan:
"Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak." - (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

 (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

1 Surah dalam Al Quran ..

Salam semua,
 
Terjemahan Al Quran Surah Al-Infitaar

[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3] DAN APABILA LAUTAN PECAH BERCAMPUR-BAUR;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
 
Semoga ada manfaat untuk diri masing2..insyallah.

Jumaat

Selamat datang...pak dan wiyah

Salam utk semua,
 
sekejab tadi sempat telefon mak di kg. mak maklumkan bahawa pak nak mai kl dengan wiyah pada 30/1/2011.baru sahaja cakap malam tadi  dengan isteri pasai wiyah selepas tengok gambar2 lama tahun 2005 .tahun itu paling akhir wiyah mai kl.
 
bila difikirkan..mungkin lebih baik datang pada  jumaat malam  1/4/2011, kerana pada hari sabtu pagi boleh dapat pergi ke rembau untuk ziarah ateh.
 
walau bagaimana pun ikutlah kesesuaian masa  pak dan wiyah...yang penting boleh datang ke rumah kami di kl ini sudah cukup2 baik .
 
saya bagi pihak keluarga dahului dengan ucapan terima kasih atas berita ini.
 
jumpa lagi
 
 

Isnin

Ani 21-Mac-2011

Salam semua,
 
Tepat jam 12.00 thari 21/3/2011 ,saya sudah tercegat di lobi RS. Pn Yus ada sesi temubual dengan 1 keluarga lain.Mungkin rutin yang sama seperti mana saya dan ani tempoh hari (setahun yang lalu).
Semasa mendaki anak tangga ,saya sudah nampak barang barang ani. Mungkin besar ani sudah berada di sini bisik hati saya...jadi tidak perlulah ke Sg Buluh.
Ada bersama di lobi ialah seorang pak cik, mak cik dan belia perempuan. Daripada apa yang dibualkan , saya dapat menangkap bahawa mereka pun sedang cuba memohon bantuan RS.
Kelihatan seorang belia wanita keluar daripada bilik temubual dan beliau terus meluru ke pak cik, mak cik tadi.Shafawi!!.. nama sudah di panggil. Pn Yus menegur dan mempersilakan masuk ke bilik. Pn Yus bergegas ke bilik air mungkin. Masuk dengan memberi salam ,kerana di dalam ada 5 orang muslimah bertudung sempurna. Sah...nak kena dengar taklimat ke apa?.
Pn Yus masuk..mesra dan baik tutur katanya. Penuh pengalaman dan banyak jasanya kepada agama.Pn Yus bertanyakan tentang perancangan seterusnya bagi ani.. saya menjawab bahawa saya dan keluarga sedang mencari tempat belajar kemahiran untuk ani.Pn Yus memberi sedikit nasihat tentang ani dan di tokok tambah oleh barisan muslimah tadi.
Ani di panggil masuk ke bilik temubual. Beberapa soalan di tujukan kepada ani oleh Pn Yus sebagai ingatan kembali kepada pengajaran yang di perolehi dari program2 RS.Pn Yus memaklumkan bahawa mereka ada membuat sesi perjumpaan bersama2 bekas2 RS sebelum ani. Beliau minta ani kemukakan apa yang ani ingat masa sesi itu. Walaupun lambat tapi ada 2 point yang ani beri.
 
Berikut adalah antara nasihat Pn Yus kepada ani.
 
.....bersambung kembali
 
Nota ; Moga ani berubah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa.
 
 

Jumaat

Bercuti...ilham dicari

Salam semua...
 
Alhamdulillah...hari ini saya dan seisi keluarga berada di rembau (ambil adik-ateh)  kemudian terus menghala ke port dickson destinasi utk menginap.Jam sudah pukul 6 ptg baru sampai.
 
Anak2 teruja sangat ..layannnnn.
 
Moga semua rancangan berjalan lancar...
 
jumpa lagi.