perkara yang utama dan berniat ikhlas, samada ketika kita
bersendirian mahu pun di hadapan khalayak ramai. Orang
yang bersyukur itu mendapat bekalan dan taqwa merupa-
kan sebaik-baik bekalan.
Kebahagian itu bukan pada harta yang dikumpul, tetapi
orang yang bertaqwa itulah yang bahagia. Dan sebaik-baik
bekalan adalah taqwa pada ALLAH.
Ia adalah sebaik-baik simpanan kelak di sisi ALLAH.
Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang,
tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.
Janganlah mengabaikan perbuatan baik. Sesunggnya zaman
itu terus berputar. Setiap saat pasti ada peristiwa samada di-
dalam nyata mahu pun di dalam ghaib.
KEBERKATAN>
Kepuasan pada hati sehingga mententeramkan jiwa, melegakan emosi
dan menenangkan minda. Tanpa keberkatan, maka manusia tidak akan
merasa lega dan puas. Seperti meminum air laut ketika dahaga, makin
diminum akan semakin dahaga jadinya. Manusia perlulah mencari
keberkatan kerana keberkatan memberi kepuasan.
Sebagaimana firman Allah swt:
''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka
itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayahNya.''
(Al-Baqarah 155-157)
Betapa bertuahnya orang Islam, kerana Allah swt telah memberikan satu
cara bagi mendapat berkat pada harta, ia membuka jalan keberkatan pada
hidup dan keluarga, itulah namanya sedekah, infak dan zakat. Berkat pada
zakat contonya amat besar kesannya. Ianya dapat menatijahkan
kesejahteraan yang berpanjangan walau di mana kita berada.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
''Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya
dengan cara yang benar, diberkati padanya,"
(HR Ahmad)
Berkat pada zakat ibarat baja pada pokok. Fungsi baja menyuburkan pokok,
agar pokok yang ditanam hidup subur, tegak menjulang ke langit dan akarnya
kuat mencengkam bumi. Dahannya kukuh dan rantingnya teguh. Daun subur
hijau merimbun dan meneduhkan. Paling akhir pokok itu akan berbunga dan
berbuah, masak meranum dapat manfaat pada manusia juga haiwan.
Begitulah fungsi zakat pada harta manusia. Zakat memberikan kesuburan
kepada harta dalam bentuk yang tidak nampak lahiriahnya, tapi ditandai
dengan pelbagai perkara. Harta kita tidak cepat rosak, tahan bertahun-tahun
lamanya diguna. Ia juga memberikan manfaat kepada ramai orang.
Harta-harta kita juga terselamat daripada nafsu rakus manusia, tidak dicuri
dan disamun. Bahkan harta itu juga dapat membawa kita kepada jalan bagi
mendekati Allah dan bukan sebaliknya.
Sabda Rasulullah saw:
''Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-bentang zakat".
(HR Abu Daud)
Apa yang lebih penting memastikan harta yang diperolehi itu menerusi
jalan yang halal lagi berkat. Ini kerana jika jalannya halal namun tidak
menjaga syariat yang lain, sebagai contoh sengaja membuka aurat atau
meninggalkan solat, maka rezeki itu halal tetapi tidak berkat.
Firman Allah swt:
"Wahai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa
yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah
syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu."
(Al-Baqarah:168)
Hendaklah memastikan harta ditunaikan secara sepatutnya. Amanah
harta antara lain ialah menyalurkannya kepada tanggungan kita yang
berhak, contohnya kepada ibu bapa dan anak isteri. Amanah harta juga
ialah memastikan ia tidak disalah guna seperti dibelanjakan ke meja judi
atau membeli keseronokan duniawi semata-mata. Infak, zakat dan
sedekah juga adalah amanah harta.
Sebagaimana firman Allah swt:
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),
sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.
Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya".
(Ali-Imran:92)
Menunaikan hak yang wujud pada harta dengan ikhlas tanpa riak dan
sombong. Ini kerana, Allah swt amat membenci golongan yang memberi
tetapi hatinya diselaputi rasa sombong, perasaannya penuh riak dan
mengharapkan pujian daripada orang.
Allah swt berfirman:
"Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-
anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(An-Nisa':36)
Sudah jelas kepada kita, bahawa Islam mendidik kita agar berhemah dalam
kehidupan. Anjuran Islam samada supaya kita berderma, bersedekah, berinfak
dan berzakat, hakikatnya adalah demi kebaikan kita kembali. Ini kerana, itu
adalah jalan menuju kesejahteraan hakiki.
Firman Allah swt;
"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertqwa, dan
membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan
menyiapkan baginya jalan yang mudah."
(Al-Lail: 5-7)
Oleh itu terpulang kepada kita cara untuk mengambil keberkatan itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone.
They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life,
if you do not manage your self.
You cannot manage your self,
if you do not manage your choices.
Manage your choices,
and you will manage your life.