Isnin

ke kampung yg dirindui..

26-Sep/27-Sep-08


Perjalanan pulang kami sekeluarga bermula kira kira jam 11:50 malam 26-Sep-08. Sebelum itu saya cuba lelapkan mata..namun gagal.Perasaan dan fikiran sudah berada di kampung.Isteriku sibuk dengan berkemasnya.terima kasih.

Anak2...duduk tidak diam ,melompat sama sini.siap nyanyi lagi .."oo balik kg"..eee.kanak2 biasala..

pang..bunyi benda jatuh.Ya Allah anak kedua saya tergolek atas lantai . boleh benjolan kat dahi.Tahap raungan berbeza berbanding abangnya sebelum ini.Minyak gamat disapu lincon.


Alhamdulillah jam 2:15 sudah lepas tapah.sebelum ipoh ,drebar bertukar.lega.

Jaga, ingatkan sampai ..masih kat Gunung Semanggol.drebar kedua kata dah berhenti 1/2 jam dah..eee ..walau kurang selesa dalam viva,namun kalau dah mengantuk...biarkan.
Belasah nasi lemak 2 bungkus seorang .Alhamdulillah.
Sembahyang sekejab.Bertolak dengan panduan drebar pertama ini. berdesup-desup walaupun drebar kedua kata "sekejab saja tu..". perlemah semangat betul laaaa.



Memang betul.


Jam 6:20 sampai masjid jamek Seberang Prai. baring kejab.kemudian sembahyang subuh.Alhamdulilah.

Jam 8:30 maka sampailah kami sekeluarga ke kampung halaman tercinta.


Terima kasih Allah atas kemudahan perjalanan dari KL ke kampung.Alhamdulillah.
Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

Terbaru : Tabung Keluarga

Info terbaru untuk dikongsi bersama:

Sumbangan terbaru kepada tabung keluarga ialah daripada Abang Shah dan isteri. 2 tahun sekali gus.RM480.00

Terima kasih .

Bulan & Hari yang Mulia


Assalamualaikum;

Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini saya dan keluarga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap kami terhadap semua.

Sekiranya ada hutang atau apa apa yang tuntutan lain,harap dapat beritahu saya.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ...Maaf Zahir dan Batin.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Rabu

Waktunya Lailatul Qadar



Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)


Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”
Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:


“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


"Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))


“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:


“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))


Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir.


Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.
Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29.


Wallahu a’lam.

Isnin

Khutbah oleh Abu Jaafar Umar (717M ~720M)

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"



Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Perjumpaan keluarga




Assalamualaikum,semua.

Alhamdulillah, kerana dalam masa 3 hari berturut turut saya dan keluarga dapat bertemu dengan Aswani, Radi, Aishah, Hasanah -19Sep08, Malik, Fazillah, Nur-Aqilah -20Sep08, Kak Asiah, Abang Shidan, Mohd Aliff, Dik Na (mohon maaf tak ingat nama penuh), Mohd Ariff dan Mohd Afiff - 21Sep08.


Terima kasih kepada Kak Asiah dan Abang Shidan kerana sudi bertandang ke teratak kami di Seri Kembangan ini.

Terima kasih Malik atas jemputan...

Tahniah buat Aswani dan Radi...

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

Projek Tabung Keluarga...2008.


Assalamualaikum

Menemui semua sepupu saya yang dirindui;


Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk sama sama mengingati kembali berkenaan “Projek Tabung Keluarga”,yang di rancang sejak 2007 lepas.

Merujuk kepada email Kak Asiah pada 14-May-2008 yang lepas, sebanyak RM 600.00 sudah dapat dikumpul .Jumlah ini adalah melalui sumbangan ahli – Kak Asiah, Abang Shidan, Shafawi, Rijaliza dan Mazni.Sehingga ke hari ini jumlah yang ada ialah RM 750.00 (sumbangan terbaru : Salwiyah dan Mahathir )

Sekiranya Abang Shah, Fatimah, Malik, Fazilah, Aswani dan Radi mempunyai kelapangan kewangan pada masa terdekat ini , adalah diminta untuk membuat sumbangan ke dalam akaun Kak Asiah: a/c no.: 11220000000147 – RHB bank. Jumlah sumbangan =RM120.00 seorang

Semoga dengan sumbangan kita untuk tahun ini dan tahun2 mendatang. Insyallah akan terkumpullah sejumlah dana yang baik . Ini memudahkan kita melakukan apa apa aktiviti keluarga melalui persetujuan semua ahli.

Sebarang pertanyaan?

Ok...Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Selasa

10Sept~24Sept : Padat dgn kerja.

Assalamualaikum,semua.

Jadual kerja saya agak padat di bulan puasa ini. Melalui projek upgrade RTU software version , saya terpaksa berkerja baik hari minggu atau hari cuti umum (nuzul Quran).

Agak tertekan..tetapi terkawal. Apa nak buat kerja makan gaji ....

Apa apa pun saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua untuk berkerja kerana ALLAH.

ALLAH lah yang MAHA MENENTUKAN REZEKI SETIAP HAMBANYA ?

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Ramadhan & Peristiwa besar...

"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

1.BULAN DITURUNKAN AL KITAB

2.PERISTIWA BADAR

3.ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

4.PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

5.ISLAM SAMPAI KE YAMAN

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

7.PENYERAHAN BANDAR TAIF

8.PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

9.PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

10.TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
11.PEPERANGAN YAKHLIZ

12.TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

13. ?

Pengisian PUASA kita

Apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.

1) Berpuasa dengan sesungguh hati

2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)

3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan

4) Beriktikaf

5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)

6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus

7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain

8) Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan

9) Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka

10) Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)

11) Bersahur

12) Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka

a) Berbuka dengan buah kurma atau air
b) Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya
c) Tidak berlebihan ketika berbuka puasa

13) Memberi makanan untuk orang berbuka puasa

14) Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan

15) Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran

Semoga Allah menerima amalan puasa kita ini."Ya Allah..perkenankanlah hajat kami"