Selasa

Terima kasih ALLAH

Be thankful that you don't already have everything you desire,

If you did, what would there be to look forward to?

 

Be thankful when you don't know something

For it gives you the opportunity to learn.

 

Be thankful for the difficult times.

During those times you grow.

 

Be thankful for your limitations

Because they give you opportunities for improvement.

 

Be thankful for each new challenge

Because it will build your strength and character.

 

Be thankful for your mistakes

They will teach you valuable lessons.

 

Be thankful when you're tired and weary

Because it means you've made a difference.

It is easy to be thankful for the good things.

 

A life of rich fulfillment comes to those who are

Also thankful for the setbacks.

Gratitude  can turn a negative into a positive.

Find a way to be thankful for your troubles

And they can become your blessing.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No one else can ever make your choices for you. 

Your choices are yours alone.

They are as much 

a part of you as every breath you will take, 

every moment of your life.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

You cannot manage your life ,

if you do not manage your self.

You cannot manage your self ,

if you donot manage your choices.

Manage your choices, 

and you will manage your
 
nota :diambil dari kiriman email seorang sahabat.moga bermanfaat.

Khamis

Mutiara Motivasi -peluang keEMASan

Petikan daripada laman Hadzrin: moga bermanfaat.

"Saya mengingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, jika Allah bagi kita susah bermakna Allah Sayang kita dan disaat itu sebenarnya kita menguatkan iman kita dan insyaAllah, waktu itu kita sebenarnya sedang membina kekayaan yang Dasyat sekali di akhirat dengan izin Allah. Sebab itu, kita selalu bersyukur walaupun waktu itu kita ditimpa masalah atau musibah. Sunnguh beruntung bagi orang-orang yang tahu akan rahsia ini. Bila kita selalu bersyukur dan tidak mengeluh, pastinya didunia juga kita akan bangkit semula. Allahuakbar ! Allah Maha Penyayang."

"Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan perkara yang Allah sangat sayang dekat kita iaitu selalu mengingatinya di saat kita senang dan kita susah. "

 

 Allah beri pahala kepada hambanya dengan hanya menyuruh hambanya berzikir, bertasbih dan melakukan kebaikan yang tidak keluar modal satu sen pun….Mashya Allah…. Allah SWT bagi pahala kepada hambanya dengan hanya selalu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah…hanya berbuat demikian , hambanya yang solleh menjadi orang yang paling hebat dan senang di akhirat.itu sahaja,

 Allah telah sediakan Mahligai yang lebih besar dari bumi dan kenderaan – kenderaan yang dashyat lebih dashyat dari kereta Ferrari atau Bentley…yang kelajuan kenderaan itu lebih laju dari kelajuan cahaya… Semua ini Allah sediakan untuk hambanya yang bertakwa dan beriman. Tak perlu nak bayar downpayment atau instalment. Hanya perlu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah !

Kenapa Allah sediakan semua ini? Kerana Allah Maha Pemurah ! Allah Maha Penyayang ! Allahuakbar !Masa Depan yang cemerlang bila kita dapat melakukan ibadah termasuklah kerja kita sebagai ibadah untuk mendapat Rahmat dari Allah. Masa Depan yang sebenar ialah kejayaan di kehidupan selepas ini. Kehidupan yang tiada noktah. Kehidupan yang bersenang lenang selepas bersusah payah melakukan ibadah semasa hidup dalam masa sama orang lain bersenang lenang dan sibuk mengejar kekayaan dunia.

Alangkah indahnya jika kita dapat selami dan hayati sifat Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih. Alhamdulillah, Allah sayang dan kasihkan kita kerana memberi kita kesedaran untuk memilih yang benar baik untuk kita dan mengingatkan kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang akan menyusahkan kita di akhirat.

Rabu

'Ammaar dah 8 tahun (13JUN2011)

Salam semua.

 

Dua hari lepas adalah hari lahir 'Ammaar Sufiyy kali ke 8. Sudah besar panjang... berkadar terus dengan masa.Sebagai tanda meraikan,kami sekeluarga ke A&W untuk makan2 dan bergambar.Orang tak ramai tapi servis agak lemah dari segi kemesraan pelanggan. 'Ammaar pun nampak ceria walaupun sering mengusik Emine. Perangai ini masih tak berubah lagi walau umur dah bertambah.Emine pun boleh tahan dok provok abangnya.Hmmmm.Agak tension.

 

Alhamdulillah keceriaan  berganda bilamana petang tuu  'Ammaar tunjuk yang dia score 4'A' dalam Pendidikan Islam, Fekah, Bahasa Arab(sekolah kebangsaan dan sekolah agama).Namun keputusan rasmi belum dapat untuk semua matapelajaran. Harap 'Ammaar semakin hari semakin baik dalam pelajarannya.

 

Masuk kereta, saya terus beri hadiah 5 buah buku cerita dan latihan BM kepada 'Ammaar. Inilah hadiah yang diminta oleh 'Ammaar sendiri cuma tak balut dengan kertas berlatarkan 'spiderman' sahaja.

 

Idea untuk hadiah dari ibunya ialah terserah kepada 'Ammaar sendiri asalkan berfaedah. Ini supaya 'Ammaar lebih menghargai hadiah yang dia pilih sendiri juga.Bernas ..kerana berdasarkan kepada pengalaman lepas.

 

Pada 24-Jun-2011 ada majlis hari lahir bulanan di PASTI. Jadi boleh sambut untuk 'Ammaar dan Emine serentak.Emine sangat beria-ia.Kena plan awai jugak.tempah kek dan bungkus hadiah untuk kawan2.berapa ramai?

 

30-Jun-2011 ...hari lahir Emine kali ke -5. Aktiviti yang sangat di tunggu oleh 'Ammaar ialah nak pergi tengok wayang "TRANSFORMER"-"DARK OF THE MOON".Moga tak ada aral melintang pada 2/7/2011.

 

Setakat ini dulu...yang pasti makin bertambah umur anak2 ..maka semakin tua lah kita sebagai ibu bapa.
 
15JUN2011: 'Ammaar terberak pula dalam seluar semasa dalam kereta. Mungkin makan manggis kot malam tadi.Jadi cuti la hari ini. sekarang dok tunggu giliran doktor panggil untuk masuk ambil ubat.

Khamis

Mutiara Kata..penuh keEMASan

 
Mutiara Ilmu yang ingin saya kongsikan hari ini….
Diri kita dikira beruntung ketika Bertutur, Diam, Termenung dan semasa Bergerak.
 
Bagaimana dikira beruntung?

Ketika dalam keadaan bertutur dan dia tidak ada menceritakan tentang Allah dan bercerita tentang kebaikan akhirat, maka hidupnya sia-sia.

Ketika dalam keadaan diam dan dia tidak mengingati Allah maka jiwa dan dirinya sebenarnya kosong.

Ketika dalam keadaan termenung dan dia tidak mengambil iktibar atau pengajaran tentang kebesaran Tuhannya maka dia sebenarnya hidup dengan penuh kelalaian.

Ketika dalam keadaan gerak langkahnya dan tidak menunjukkan hidupnya sebagai seorang hamba Allah maka dirinya dipenuhi dengan kerugian.

Inilah yang dikongsikan oleh Saidina Ali Abi Talib, Khalifah yang keempat yang terkenal dengan sifat zuhudnya.
 
Nota: Copy-Paste dari web seorang kenalan.

Rabu

kerja sambil bercuti..31511-030611

Kat Pantai balok

Hero tengah salin baju/seluar kat telok cempedak


tengah hari rembang..tangkap cengkerang hidup..


tengah sarapan kat De Rhu


salam semua,
oh lama tak update blog.minggu ini lepas hantaq mak lang terus mai kuantan.mai semua isi keluarga saya.alhamdulillah peluang waktu cuti sekolah.hari pertama dok kat de rhu resort.oklah 2 bintang...


hari ke -2 dan 3 ..lepak kat pekan kuantan. season view hotel. petang hingga malam saja boleh jalan2 pasai saya kerja di Gebeng. 1/2 jam jugak nai p balik.


malam makan kat tanjung lumpur..tapi agak hampa pasai ikan bakar tak di 'order' ...hahaha terorder ikan aji aji masak 3 rasa.ketam dan sotong masak pedas.tomyam campur.markah 3.5/5.makan marina ikan bakar.


hari ke 4 ..lepak hotel budjet.terpaksa pasang kemah dalam bilik hotel untuk ateh tiduq.oklah.


pagi sabtu terus bergerak ke gambang resort city. best dari tambun.lepak sampai jam 6 ptg.


Alhamdulillah sampai rumah jam 12 tgh malam.


Sambung lagi...dengan gambar2 di gambang.