Jumaat

Insyallah Balik Kg lagi....

Assalamualaikum,semua.

Esok saya sekeluarga (tanpa 'Ammaar) akan bertolak ke Jelapang. Tumpang kereta Aswani.Plan selepas kenduri terus balik kg ..naik bas.

Cuti sampai 31/12/2008. Masuk kerja pada 6/1/2009.


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Selasa

20 & 27 DEC 2008

Assalamualaikum,semua.

Minggu ini (20-12-2008) dan minggu depan (27-12-2008) adalah slot utk kenduri Mazni & 'Wan'.
Semoga semua berjalan lancar dan baik.Insyallah saya sekeluarga akan bertolak balik pada malam 18-12-2008 dgn keretapi .

Berjumpa lagi...

Jumaat

Puasa Sunat Sepanjang Tahun

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3. Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6. Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)
7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10. Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
PUASA WANITA YANG HAMIL
PUASA ORANG YANG MUSAFIR
PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

KERAJAAN KEDAH DAN JANJI DAN BAJET 2009

ALOR STAR, 18 November – Bertemakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, kerajaan negeri tidak mengabaikan kebajikan rakyat pada Bajet 2009.Walaupun dalam ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan negeri tetap menunaikan janji kepada rakyat dengan melaksanakan program-program mengikut keperluan dan keutamaan serta mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah, demikian ulasan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam Ucapan Bajet 2009.Selain daripada membincangkan isu-isu kemajuan dan pemodenan, kerajaan negeri juga berhasrat memantapkan modal insan dan pembangunan sosial bagi mengimbangi pembangunan negeri, seperti program agama, pendidikan moral, pelajaran, pembinaan sahsiah, kebajikan, perpaduan serta aktiviti sukan."Peruntukan sebanyak RM12.6 juta iaitu bertambah sebanyak RM1 juta disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membela golongan kurang bernasib baik dan penduduk ditimpa bencana, manakala sebanyak RM5.2 juta untuk aktiviti-aktiviti sukan dan program pembangunan atlit," jelas beliau.Kerajaan negeri turut menitik beratkan sistem pendidikan negeri di mana kerajaan telah memperuntukkan sebahagian daripada hasil negeri kepada Lembaga Maktab Mahmud bagi pembangunan Maktab Mahmud, meningkatkan kedudukan Kolej Universiti Insaniah serta Lembaga Biasiswa Negeri Kedah untuk menyediakan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi."Sebanyak RM26.5 juta bagi membiayai operasi, bayaran asrama, kemudahan pembelajaran dan pengajaran serta RM2 juta untuk kerja-kerja membina dan menaiktaraf prasarana Maktab Mahmud."Bagi tahun 2009, Kolej Universiti Insaniah diperuntukkan sebanyak RM8.5 juta bagi melahirkan graduan berkualiti, merancang untuk membina sebuah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di daerah Baling serta menyediakan RM2 juta kepada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan graduan bagi setiap keluarga," ulas beliau.Dalam memantapkan modal insan dan pembangunan sosial, kerajaan negeri turut menyokong program pendidikan sepanjang hayat yang berlandaskan ajaran Islam, ianya bermula daripada dari zaman kanak-kanak serta memberi bantuan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil persendirian."Kerajaan, menyediakan RM4.2 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi menyediakan lebih banyak bahan bacaan kepada rakyat serta peruntukan tambahan sebanyak RM4.1 juta disediakan untuk pembayaran gaji dan elaun guru-guru Sekolah Menengah Agama, Taska dan Kafa, kemudahan pra sekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam."Kerajaan prihatin kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil Persendirian dan memutuskan untuk memberi bantuan kewangan tahunan kepada sekolah-sekolah berkenaan," tambah beliau.Jentera pentadbiran negeri yang efisyen, terlatih dan cekap adalah diperlukan bagi menjayakan semua program pembangunan negeri. Oleh yang demikian, kerajaan telaj memperuntukkan Bajet 2009 bagi memperkukuhkan jentera pentadbiran negeri."Bagi tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM206.7 juta bagi bayaran emolumen kakitangan kerajaan, RM4.25 juta untuk peningkatan kemudahan serta penyelenggaraan ICT jabatan-jabatan kerajaan."RM1 juta bagi meningkatkan kemahiran, kecekapan dan inegriti kakitangan kerajaan serta RM600 ribu bagi rawatan perubatan kakitangan yang berkaitan," jelas beliau.Institusi penghulu berperanan dalam memelihara kesejahteraan rakyat di peringkat mukim, maka kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM7.3 juta kepada Ketua Kampung dan Ketua Komuniti dengan bayaran elaun sebanyak RM300 sebulan.Posted by Warta Darul Aman Daily

KERAJAAN KEDAH vs AKAR UMBI

Assalamualaikum,semua.

Berikut adalah comment saya di dalam blog 'KedahLanie". Insyallah saya akan cuba kemaskini kritikan ini dari masa ke semasa.
Semoga ia bermanfaat kepada semua.

"MINTA TOLONG KERAJAAN KEDAH PANTAU KETUA CAWANGAN PAS YG SEKARANG ADA KUASA UNTUK BERI SENARAI NAMA RAKYAT2 KEDAH DI KAWASAN MASING2 YG AKAN DI PILIH UTK DAPAT ANUGERAH ATAU BANTUAN KERAJAAN KEDAH.
PERLU SIASAT BIMBANG DEPA GUNA PAKAI PERANGAI BURUK UMNO."

"cth :
seperti kouta utk mohon tanah kerajaan.ada ketua cawangan pas yg dikuatiri menyalahkan kuasa dalam memilih senarai penerima.

cakap cakap mengatakan ada ketua cawangan pas yg menyenaraikan sebahagian besar anak beranak beliau untuk tujuan memohon tanah kerajaan.

Butir- butir bakal penerima patut di selidiki dengan cermat.

Saya bimbang disebabkan ketidakadilan ini akan memecah belahkan perpaduan dikalangan ahli/penyokong pas."


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

7 YANG BERTUAH


Rasulullah SAW bersabda: “Ada TUJUH golongan yang akan dilindungi Allah dengan lindungan Arasynya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah SWT:

1. Pemimpin yang adil,

2. Pemuda yang meningkat dewasa dalam beribadah kepada Allah,

3. Seseorang yang hatinya cinta kepada Masjid,

4. Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah;

5. Seseorang yang bersedekah tanpa menghebohkan sedekahnya, sehinggakan (seperti) tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan;

6. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan kaya, tetapi ia menolak sambil berkata: ”aku takut kepada Allah”;

7. Seseorang yang bangun di tengah malam untuk mengingati (beribadah) Allah, sambil mengalir air matanya.”(Hadith riwayat Muslim)


Hadith di atas menceritakan 7 golongan yang dikasihi Allah dan bakal mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar kelak. Ranking yang paling atas adalah para pemimpin yang adil dan accountable, seterusnya pemuda atau pemudi yang meningkat dewasa dan terus konsisten dalam beribadah kepada Allah, diikuti oleh seseorang yang sentiasa menjaga solat jamaahnya di masjid. Begitu juga dengan persahabatan yang dibina kerana Allah dan bukan kerana kepentingan-kepentingan lain seperti kekayaan dan keturunan dan sebagainya. Seterusnya seorang yang ikhlas dalam bersedekah sehingga diberikan kiasan tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan. Seterusnya lelaki ataupun wanita yang kuat menahan godaan walaupun daripada wanita atau lelaki yang kaya dan cantik/tampan. Golongan terakhir adalah seseorang yang sentiasa mengalirkan air mata taubat dalam setiap munajatnya di malam hari.Sekiranya kita melihat kepada ketujuh-tujuh golongan tersebut, kita akan melihat adanya ciri sepunya yang dimiliki setiap golongan tersebut iaitulah TAQWA. Taqwa adalah root-cause yang mengangkat martabat ketujuh-tujuh golongan tersebut sehingga melayakkan mereka mendapat perlindungan daripada kedahsyatan suasana apabila seluruh manusia akan dihakimi segala tidak tanduk mereka di Padang Mahsyar kelak.


Apakah kita telah tergolong at least dalam salah satu daripada golongan tersebut? Syukur, kita masih belum terlambat untuk memperkasakan empayar taqwa dalam diri masing-masing. Sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah bekal taqwa.

Isnin

23-Oct ~3 Nov 2008


Assalamualaikum,semua.

Selamat bertemu kembali setelah hampir 2 minggu tak update blog ini.Sibuk sikit..Walaubagaimanapun di bawah adalah peristiwa2 yg saya dan keluarga harungi sepanjang masa tersebut:


23-oct : saya berkerja di Cyberjaya

24-oct : masih sambung kerja di Cyberjaya

25-oct: kami ke majlis raya PERNEC. Malam ;jam7:30 ~10:30.alhamdulillah best.

26-oct : pergi jamuan raya kat Masjid Sri Indah ,jam 12:00.Sebelah malam prepare utk buat sikit jamuan utk kawan sepejabat dan utk di bawa oleh isteri ke pejabat pd hari selasa.Letih juga nak beli bahan2.Menu : rendang ayam,nasi himpit,sayur masak lemak kuning, agar2, bubur kacang dan lain2.

27-oct : masak apa apa yg belum di masak, berkemas. petang baru Saim sekeluarga mai. jam3.30. Lepas makan ,anak2 turun ke kolam. joint sekali.6:15 saim pulang.

28-oct : AL

29-oct : kerja malam ,tapi pukul 6:15 pagi baru balik.problem

30-oct : mai cyberjaya sat.verify problem ok, then ...zzzz

31-oct : meeting dgn bos kat cyberjaya.

1-nov : pergi rumah pak harun , tokey bas sekolah ateh.jamuan makan :laksa,rojakbuah, cucur udang dan agar2.terima kasih.zun mai rumah

2-noc :pergi rumah tokey taksa 'ammaar dan emine kat blok biru. jamuan hari lahir : laksa, rendang ayam, nasi himpit, bihun, kacang2,buah dan air.beli hadiah -tabung dan cryon.malam , zul mai lagi rumah.dia belanja KFC.

3-nov : mai kerja lewat. anak2 pergi sek pukul 10.15.banyak kerja...


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Rabu

Selamat Ulangtahun Isteriku










Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 32 buat Rijaliza.

Semoga akan sentiasa di rahmati Allah dalam semua keadaan.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberi untuk saya dan keluarga kita.

Mohon maaflah setiap kesalahan saya selama ini.

Terima kasih.

Selasa

Tolong semak :Sembahyang kita

Sikap manusia berpunca dari hatinya.

Di dalam hadis, Nabi s.a.w. menegaskan; “Dalam diri manusia ada segumpal daging. Jika baik daging itu, akan baiklah seluruh jasad dan jika ia rosak, akan rosaklah seluruh jasad. Segumpal daging itu ialah hati” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Apabila dalam diri kita ada rasa kemalasan untuk mengerjakan solat, tidak seronok mengerjakannya atau tidak berasa bersalah melewat-lewatkannya, maka itu berpunca dari hati kita yang kotor dan berpenyakit.

Punca hati kita menjadi kotor
ialah kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini kepada Allah.

Oleh itu, untuk mendapatkan kembali perasaan seronok di dalam hati tatkala melakukan ibadah dan berasa rugi apabila meninggalkannya atau terlewat mengerjakannya, kita hendaklah

berusaha membersihkan hati kita.

Langkah pertama
ialah dengan kita meninggalkan dosa dan maksiat serta segala perkara lagha (sia-sia) yang biasa kita lakukan selama ini yang menjauhkan kita dari Allah.
Seterusnya,
kita berusaha menambah ilmu dengan mendampingi para alim-ulamak (yakni belajar dari mereka), membaca kitab-kitab agama, mendengar kaset agama dan sebagainya.
Semakin bertambah ilmu,
Insya Allah akan semakin teranglah hati kita dan
akan semakin bertambahlah kesedaran dan penghayatan hati itu terhadap tuntutan Allah.

Namun ilmu sahaja tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan amalan.

Amal adalah gandingan kepada ilmu.
Menurut ulamak; kehidupan seorang muslim hendaklah berlegar antara ilmu dan amal.
Beramal hendaklah bermula dari yang
fardhu, kemudian disusuli dengan yang sunat.

Jika kita dapat istiqamah dalam taubat, menuntut ilmu dan beramal,

Insya-Allah hati kita akan sentiasa bersih dan semangat untuk mengerjakan amal soleh akan tetap utuh di dalam jiwa dan hati sanubari kita.Wallahu a’lam.

Isnin

Kita dan Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in- Payah nak buat apa2 kalauHujan- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.1. Membersihkan udara2. Menyubur tanaman3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123) So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Rabu

ALLAH MAHA BESAR

ALLAH ADALAH PENCIPTA SEMUANYA
Tuhan kita telah memasukkan berbilion-bilion maklumat di dalam satu tempat kecil sehinggakan kita pun tidak dapat melihatnya.
Allah telah menjadikan kita, mata kita, rambut kita, dan kaki kita.
Dia juga pencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak, kawan-kawan dan guru-guru.
Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita, coklat, kek dan gula-gula, buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadikan kita kuat dan sihat. Jika Allah tidak mejadikannya, kita tidak dapat tahu bagaimana rasanya coklat.
Allah juga mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita keistimewaan ini, kita tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama sahaja sama ada kita makan kentang atau kek. Allah tidak hanya menjadikan makanan yang lazat dan harum, Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan yang membolehkan kita menikmatinya.
Kerana Allah mengasihi hambanya, Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.
Mulanya kamu tidak wujud. Fikirkan, kamu tidak wujud sebelum kamu dikandung (di dalam perut ibu kamu). Kamu kosong. Allah menjadikan kamu. Dia menjadikan kamu daripada kekosongan.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara yang kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah, dan berkata, "Saya sentiasa menyukuri setiap apa yang Kamu berikan". Apabila kita berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut.
Allah sentiasa mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam minda kita. Ketika membaca buku ini, contohnya, kamu sedang memikirkan sesuatu, tetapi jika kamu tidak menyuarakannya, siapapun tidak akan mengetahui apa yang kamu fikirkan. Allah, bagaimanapun, mengetahui apa setiap apa yang kamu fikirkan dan sentiasa melihat kamu. Walaupun ketika kamu bersendirian, Allah melihat kamu dan mengetahui segala yang kamu lakukan.
Kerana itu, seorang yang baik apabila berseorangan tidak akan berfikir, "Tiada siapa dapat melihat saya sekarang" dan kemudian melakukan kejahatan. Mereka tahu Allah sentiasa melihat dan mendengar mereka walaupun ketika tiada sesiapa di sekeliling.

Takdir

Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam Al-Qur'an di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing ). Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan ); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.(surah Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,…..(surah Az-Zmar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan …….(surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain yang membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tipa-tiap orang (ke padang mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi. (surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (surah Al-Haaqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (surah Al-Insan:12-13)
Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (surah An-Nazi'at:36)
Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur'an. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur'an dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (surah Yunus:61)

Selasa

Beraya di rumah saya,pak teh dan aswani


Assalamualaikum,semua.

Alhamdulillah, saya dan aswani dapat membuat 'rumah terbuka khas utk adik beradik' pada 12-10-2008 lepas.
Kehadiran oleh kak asiah sekeluarga, wa wahab dan isteri, mazni, shahril,malik sekeluarga.
Pada 18-10-2008 : Malik membuat rumah terbuka.terima kasih.


Menu :
1. rumah saya :
laksa
rojak buah
kuih raya
air laici
air asam ko
air nescafe
air kopi
kacang goreng
2. rumah wani
nasi putih
ayam masak merah/sambal
lala masak lemak kuning
ayam goreng bersalut tepung
ikan goreng
ikan kering goreng
sayur
air teh suam/ais
kuih-kuih raya
Menu rumah Malik:
Satay
bihun sup
kuih raya -sedap termasuk maruku..
Air blackcurent
Puding
coklat
Agak terkilan ialah bila pak teh tak ada di rumah masa kami semua pergi nak beraya rumah dia.Itupun sudah beritahu awal iaitu pada hari jumaat 10-10-2008.

kasihan pak teh.
harap2 dia buat rumah terbuka...boleh la p lagi. info 18-10-2008 , pak teh tunggu kami mula jam 1 ptg.silapnya tak telefon habaq...

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Siapakah.....

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a..s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Khamis

Ayat Al Quran dan Amalan dan Doa

Surah Al-Munafikun ; 10-11
[10] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

[11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Diantara Amalan Harian Seorang Muslim
1.Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
2.Membaca dan mengkaji Al-Quran
3.Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
4.Mengingati Allah seperti membaca zikir al-mathurat, istigfar, tahmid dan tahlil
5.Mengingati mati
6.Mencari rezeki yang halal
7.Mendidik anak-anak
8.Menguruskan rumah-tangga
9.Menuntut ilmu
10.Melaksanakan akhlak mulia
11.Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
12.Melaksanakan da'wah
13.Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
14.Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus

" Ya Allah , bantulah kami agar dapat selalu ingat kepadaMU dan ber-amal ibadat ikhlas keranaMU"

Rabu

KENANGAN KAMI #3

Trio Ultraman dan Power Ranges Sg Korok
kesian, kena tunggu giliran nak bergambar dengan VIP
keluarga pengantin baru #2
hero2 berjaya dikumpulkan
Abdul Hakim , Rijalinda dan Dhia Danisya bersama tok
tak sesuai la!!

KENANGAN KAMI #2

Foto#1 : Aksi " Ultraman " Taro dan Nexus selepas makan nasi ayam di rumah adik G
Foto#2 : Emine bersama rakan2 di rumah Pak Lang.kopiah sapa tuu.. Foto #3 : Di rumah mak/pak di pagi raya ke 2.
Foto#4 : Siti Mariam Aina tidur...
Foto #5 : Puas hati pasal dapat bergambar.sebelum ini asyik ambil gambar saje.

Jumaat

Kenangan kami #1

HARI RAYA AIDILFITRI 2008









1.keluarga saya bersama tok










2.bersama ibu-bapa dan adik-adik










3.bertiga saja pasal 'ammaar asyik dok main










4.cuba fokus kepada 'ammaar.dah buat hal pagi2 raya.

Isnin

ke kampung yg dirindui..

26-Sep/27-Sep-08


Perjalanan pulang kami sekeluarga bermula kira kira jam 11:50 malam 26-Sep-08. Sebelum itu saya cuba lelapkan mata..namun gagal.Perasaan dan fikiran sudah berada di kampung.Isteriku sibuk dengan berkemasnya.terima kasih.

Anak2...duduk tidak diam ,melompat sama sini.siap nyanyi lagi .."oo balik kg"..eee.kanak2 biasala..

pang..bunyi benda jatuh.Ya Allah anak kedua saya tergolek atas lantai . boleh benjolan kat dahi.Tahap raungan berbeza berbanding abangnya sebelum ini.Minyak gamat disapu lincon.


Alhamdulillah jam 2:15 sudah lepas tapah.sebelum ipoh ,drebar bertukar.lega.

Jaga, ingatkan sampai ..masih kat Gunung Semanggol.drebar kedua kata dah berhenti 1/2 jam dah..eee ..walau kurang selesa dalam viva,namun kalau dah mengantuk...biarkan.
Belasah nasi lemak 2 bungkus seorang .Alhamdulillah.
Sembahyang sekejab.Bertolak dengan panduan drebar pertama ini. berdesup-desup walaupun drebar kedua kata "sekejab saja tu..". perlemah semangat betul laaaa.



Memang betul.


Jam 6:20 sampai masjid jamek Seberang Prai. baring kejab.kemudian sembahyang subuh.Alhamdulilah.

Jam 8:30 maka sampailah kami sekeluarga ke kampung halaman tercinta.


Terima kasih Allah atas kemudahan perjalanan dari KL ke kampung.Alhamdulillah.
Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

Terbaru : Tabung Keluarga

Info terbaru untuk dikongsi bersama:

Sumbangan terbaru kepada tabung keluarga ialah daripada Abang Shah dan isteri. 2 tahun sekali gus.RM480.00

Terima kasih .

Bulan & Hari yang Mulia


Assalamualaikum;

Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini saya dan keluarga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap kami terhadap semua.

Sekiranya ada hutang atau apa apa yang tuntutan lain,harap dapat beritahu saya.


Selamat Hari Raya Aidilfitri ...Maaf Zahir dan Batin.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Rabu

Waktunya Lailatul Qadar



Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)


Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”
Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:


“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


"Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))


“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:


“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))


Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir.


Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.
Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29.


Wallahu a’lam.

Isnin

Khutbah oleh Abu Jaafar Umar (717M ~720M)

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"



Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Perjumpaan keluarga




Assalamualaikum,semua.

Alhamdulillah, kerana dalam masa 3 hari berturut turut saya dan keluarga dapat bertemu dengan Aswani, Radi, Aishah, Hasanah -19Sep08, Malik, Fazillah, Nur-Aqilah -20Sep08, Kak Asiah, Abang Shidan, Mohd Aliff, Dik Na (mohon maaf tak ingat nama penuh), Mohd Ariff dan Mohd Afiff - 21Sep08.


Terima kasih kepada Kak Asiah dan Abang Shidan kerana sudi bertandang ke teratak kami di Seri Kembangan ini.

Terima kasih Malik atas jemputan...

Tahniah buat Aswani dan Radi...

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

Projek Tabung Keluarga...2008.


Assalamualaikum

Menemui semua sepupu saya yang dirindui;


Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk sama sama mengingati kembali berkenaan “Projek Tabung Keluarga”,yang di rancang sejak 2007 lepas.

Merujuk kepada email Kak Asiah pada 14-May-2008 yang lepas, sebanyak RM 600.00 sudah dapat dikumpul .Jumlah ini adalah melalui sumbangan ahli – Kak Asiah, Abang Shidan, Shafawi, Rijaliza dan Mazni.Sehingga ke hari ini jumlah yang ada ialah RM 750.00 (sumbangan terbaru : Salwiyah dan Mahathir )

Sekiranya Abang Shah, Fatimah, Malik, Fazilah, Aswani dan Radi mempunyai kelapangan kewangan pada masa terdekat ini , adalah diminta untuk membuat sumbangan ke dalam akaun Kak Asiah: a/c no.: 11220000000147 – RHB bank. Jumlah sumbangan =RM120.00 seorang

Semoga dengan sumbangan kita untuk tahun ini dan tahun2 mendatang. Insyallah akan terkumpullah sejumlah dana yang baik . Ini memudahkan kita melakukan apa apa aktiviti keluarga melalui persetujuan semua ahli.

Sebarang pertanyaan?

Ok...Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Selasa

10Sept~24Sept : Padat dgn kerja.

Assalamualaikum,semua.

Jadual kerja saya agak padat di bulan puasa ini. Melalui projek upgrade RTU software version , saya terpaksa berkerja baik hari minggu atau hari cuti umum (nuzul Quran).

Agak tertekan..tetapi terkawal. Apa nak buat kerja makan gaji ....

Apa apa pun saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua untuk berkerja kerana ALLAH.

ALLAH lah yang MAHA MENENTUKAN REZEKI SETIAP HAMBANYA ?

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Ramadhan & Peristiwa besar...

"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

1.BULAN DITURUNKAN AL KITAB

2.PERISTIWA BADAR

3.ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

4.PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

5.ISLAM SAMPAI KE YAMAN

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

7.PENYERAHAN BANDAR TAIF

8.PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

9.PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

10.TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
11.PEPERANGAN YAKHLIZ

12.TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

13. ?

Pengisian PUASA kita

Apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.

1) Berpuasa dengan sesungguh hati

2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)

3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan

4) Beriktikaf

5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)

6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus

7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain

8) Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan

9) Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka

10) Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)

11) Bersahur

12) Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka

a) Berbuka dengan buah kurma atau air
b) Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya
c) Tidak berlebihan ketika berbuka puasa

13) Memberi makanan untuk orang berbuka puasa

14) Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan

15) Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran

Semoga Allah menerima amalan puasa kita ini."Ya Allah..perkenankanlah hajat kami"

Jumaat

Ramadan : Selamat Datang..


Assalamualaikum,semua.

Selamat menjalani ibadah puasa tahun ini. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita di dunia dan akhirat.


Semoga berjumpa lagi ...terima kasih.

Isnin

PERNEC : Family Day 2008

#1 : Payah 000 nak dapat kerjasama anak2 utk possing mcm ini.
#2 : 'ammaar bersama rakan (anak2 kawan)
#3: Sejuk la tuuu...
#4:hero turun selamatkan anak2.sebelum tu dah 'fire' boya kat belakang. sampai terputus 2...
#5: Cik Emine teruja sangat bila ibu dia mandi sekali. Itupun selepas kami dah mandi 3 jam.Apaa laaa tak boleh belaKA.


23-Aug-08 :

5:05 :- Jam hp berbunyi. Saya bangun pasai nak sembahyang Isyak.'Current' tak dak..dah la hari sabtu.
5:15-6:30 :- Bersiap2 ..
6:30 -7:15 :- p seterika baju saya dan liza di stesyen Petronas .
7:45 :- bertolak ke Desa Water Park.18 KM dari rumah.
8:15 :- sampai...geng2 pernec dah ramai.jumpa din, amir,atoi,saim,yahya, hairul dll.
8:30 :-daftar dan ambil cenderahati (payung, tiket,baucer makan)
9:00 :- makan pagi.anak dah tak sabar nak terjun.
9:15 :- majlis mula.amar masuk 2 acara.dapat no 2 dan 3.ok juga lah hadiahnya.kanak2....
10:00 :- mandi.layan anak2...
12:00 :- makan t-hari.sedap 0..tapi tak boleh 'belasah'pasai 'tak sihat'
12:15 :- mandi lagi
2:45 :- bersiap2 nak balik.
3:15 :- balik...letih..

Terima kasih pernec...

Rabu

Foto di rumah Salwiyah & Mahadhir -16~17-Aug-08

#1 : Hidangan istimewa -Ayam bakar , Ikan bakar, kerang rebus, tomyam...
#2 : Reaksi ceria tuan rumah bersama tetamu.
#3: Khusyuk dan fokus : Mohon moga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan pada rezeki yang dihidangkan sebagai kenduri .Zul memimpin bacaan doa. Alhamdulillah.
#4 : Aksi sebelah pagi selepas 'kenyang'makan cucur durian, nasik goreng dan air nes-lo.
#5 : Masa perpisahan dah sampai...Terima kasih Pn Salwiyah dan keluarga atas jemputan dan layanan baik terhadap kami sekeluarga.'Ada ubi ada batas ,ada hari akan kami balas.Insyallah.

Jumpa lagi.

Khamis

Impian Pak...terkini

Ternak ikan di sawah terbiar

ALOR STAR: Sawah terbiar yang tidak lagi berdaya maju untuk diusahakan dengan tanaman padi boleh mendatangkan hasil lumayan kepada pemiliknya jika dijadikan kolam ternakan ikan air tawar.
Bagi nelayan, usaha itu boleh menghasilkan pendapatan sampingan jika diusahakan di samping turun ke laut.Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Jusoh Awang, berkata antara ikan air tawar yang mempunyai nilai komersial ialah keli, puyu, haruan dan sepat.Beliau berkata, harga ikan air tawar itu lebih mahal berbanding hasil padi bagi setiap 0.2 hektar sawah."Sawah seluas kira-kira 0.2 hekter jika dijadikan kolam ikan boleh mengeluarkan hasil antara satu hingga 1.5 tan ikan. Ikan sepat saja berharga RM10 sekilogran," katanya ketika menyaksikan pungutan hasil ikan air tawar milik Pauzi Othman, di Tebengau, dekat sini, kelmarin.Beliau berkata, nilai kormesial ikan seperti puyu dan sepat lebih mahal jika dijadikan pekasam.Katanya, permintaan ikan air tawar semakin meningkat sejak kebelakangan ini terutama untuk hidangan di restoran, selain dijadikan ikan pekasam. "Dengan hanya bermodalkan RM300 untuk membeli benih, manakala makanan hanya menggunakan sisa nasi atau roti yang berharga murah," katanya.Jusoh berkata, ikan air tawar boleh dikutip selepas lima bulan dipelihara yang bermakna hasilnya boleh dikutip dua kali setahun.

Gambar dan komentar...



Foto #1 :
'Ammaar dan Azim sedang mandi di kolam . Lama tak mandi.Syok sangat.Anak sulung saya seorang yang 'berhati-hati'.Kesian.

Foto #2 :

Ini saya.Sudah letih pasai system tak up -up sehingga pukul 2:30 pg. semua pasai Veritas Clustering.Demi tugas..& tanggungjawab.

Foto#3 :
Anak ke-2 saya.Pemalu & Ceria orangnya. Hidung nampak diwariskan dari genetik sebelah saya.Apa nak buat...jgn marah puan rijaliza.

Ahad

UBAT ROHANI:ingat mengingati....

Assalamualaikum,semua.

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu: 1. Gelojoh ketika makan Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. 2. Banyak bercakap Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. 3. Suka marah-marah Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai AkhiratBagaimana memudahkannya?LALUAN MENUJU KE KUBUR a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji b. Hindarkan perasaan irihati (benci) c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL a. Bersihkan diri dengan bertaubat b. Gembirakan hati orang Mu'min c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH TaalaLALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR a. Mengucap dua kalimah syahadat b. Suka memberi sedekah c. Berkata benar d. Bersihkan dan perbaiki hatiLALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat b. Sucikan perkataan dan pakaian c. Bersyukur dengan yang sedikit d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAHLALUAN MEMANTAPKAN AMALAN a. Jauhkan perkataan yang sia-sia b. Pendekkan cita-cita dunia c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH d. Banyakkan sedekah dan khairatLALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa c. Berpegang teguh dengan hukum syara' d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhlukLALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA a. Banyakkan membaca al-Quran b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu c. Tinggalkan perkara yang maksiat d. Jauhkan segala yang haramLALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh b. Kasihi orang yang soleh c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAHLALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD a. Kasihilah Nabi ALLAH b. Kasihilah Rasulluah c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
10 perkara perbuatan sia-sia
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. 3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid. 4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. 5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah. 6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Zul & Temuduga HPA

Assalamualaikum,semua.

6-Aug-08 : Selepas jumpa doktor, saya terus ke HPA Cawangan SERDANG untuk menghantar borang jawatan kosong untuk 'Eksekutif Cawangan'.

7-Aug-08 : Zul maklumkan bahawa dia di panggil untuk temuduga pada 9-Aug-08.

9-Aug-08 : Saya ambil Zul di Stesen Bas Kajang.Temuduga pinda 10-Aug-08

10-Aug-08 : Zul maklum bahawa dia 'berjaya' temuduga.

Semoga di murahkan rezeki untuk Zul dalam bidang 'HERBA' pula..





Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

SAH! Saya ada kencing manis

Assalamualaikum,semua.

Setelah hampir 2 minggu mengalami masalah kencing malam yang kerap dan cepat sangat dahaga.
Juga setelah di tegur oleh Wani pasal 'nampak kurus'. Saya menemui doktor pada 26-Jul-08. BACAAN kandungan gula dalam darah =15.8. Saya diminta untuk datang semula selepas semalaman berpuasa bagi mendapatkan paras gula yang 'tepat'. Jadi 30-Jul-08 saya ke Klinik ,untuk tujuan tersebut.
BACAAN=16.2

Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit kencing manis.Masa rawatan pun bermula pada hari tersebut.Masa 1 minggu diberi untuk mendapatkan BACAAN seterusnya.

06-Aug-08 : BACAAN=11.8

Ubatan :
1. kencing manis
2.Vit.B Complex

29-Aug-08 : BACAAN=3.9

Doktor nasihat supaya jaga permakanan.......jika tak RISIKO -nya banyak.





Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Isnin

Ayahanda Mai Rumah

Assalamualikum,

Pak mai rumah pasal nak hantar buah -buah .Saya rasa mungkin pasal nak jumpa Ateh sama. Saya faham pak.
Mai dengan Zul.
Gambar sebelah diambil masa kat Cybercafe. Layan Zul ,buat persediaan untuk temuduga.
Pak mai 26-Jul,malam. Balik 27-Jul,malam.
Kesian Pak.

Senarai buah-buahan:
1. Durian
2. Dokong
3. Rambutan
4. Manggis
5. Cempedak
6.Petai
7.pisang


Terima kasih Pak.