Rabu

Traning TCP/IP

Assalamualaikum,
 
Hari ini masuk hari ke -3 saya ada latihan kat Jln 19/1 PJ.
Agak kurang mencabar pasal tak ade ujian atau test sebelum nak dapat sijil.
Walaubagaimanapun terima kasih kepada bos pasal pilih saya.
Sehingga hari ini saya sudah lulus target Pernec untuk 40 jam latihan/setahun; yg diwajibkan.
 
Terima kasih.
 
 
Mari kita rehatkan fikiran sekejap:
 
Hubungan antara buah kegemaran dan perangai manusia.
Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, di dalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. kelape
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.
 
Sila beri jawapan anda dalam "comment" blog ini.Saya akan balas keputusannya.
 

Selasa

Sabar

Sabar itu boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.
2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.
3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.
4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.
5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Isnin

Buah-buahan kiriman mak&pak ,ziarah Nur Alesha

Assalamualaikum,semua.
 
Hari sabtu 18Jul2009.Saya dan keluarga menerima tetamu daripada keluarga besar Wa iaitu kak asiah, abang shah sekeluarga. Tok Wa Som adalah tetamu paling VIP.Wa Wahab dan Wa Baiee pun ada.Alhamdulillah.
Jamuan ketieaw goreng bersama air gula tebu menjadi santapan waktu petang. Jam menunjukkan pukul 5.15 petang. Lewat sangat sampai .Itu le...jadi sat saja dapat bersembang dan relax2.
Nur Safrina tetamu istimewa.
Kehadiran abang shah adalah untuk menghantar kiriman buah buahan dari kg. Terima kasih banyak2 mak dan pak. Ini adalah tanda ingatan mak  dan pak kepada kami di sini .Terima kasih .Berikut adalah senarai buah-buahan tersebut :
1.Manggis
2.Rambutan
3.Dokong
4.Durian
5.Cempedak
6.Limau nipis.
 
Terima kasih juga kat abang shah. Jadi pengantara.
 
Cergas bertolak ke rumah malik pukul 6.00. Sampai pukul 6.30. Kak asiah dan pijan tersesat . tapi dapat cari jalan sendiri.power jugak la.
Makan air teh dan cucur2. Adik Nur Alesha cool saja.Iras tok wan dia.Alhamdulillah.
 
Beri sedikit hadiah utk NurAlesha dan Nur Shafrina.
 
Balik ke rumah jam 7 lebih.Singgah Fun Fare pulak.
 
Jumpa lagiiiii......

Jumaat

Tok Ngah Ghani ..Semoga Allah Merahmatimu .

Assalamualaikum, semua.
 
Baru sebentar tadi saya baru terima sms dari 0195217896. Berita bahawa Tok Ngah Ghani meninggal pagi ini.
 
Semoga Allah Memberkati beliau. Pada pandangan saya , beliau adalah seorang yang baik dan budiman . Ini dapat dilihat dari cara percakapan dan akhlak beliau. Mulia dan penuh sopan santun.
 
Beliau ..walaupun miskin harta,tapi kaya jiwa dan raganya.
 
"YA ALLAH ,AMPUNI & REDHAILAH TOK NGAH GHANI".
 
Mak Mah pasti sedih. Tak sempat saya sekeluarga pergi ziarah Tok Ngah masa balik kg hari tuu.
 
AL FATIHAH.