Rabu

PENDINDING DIRI -Mari Kita Amalkan

 
Dalam menghadapi hidup setiap hari dalam alaf mencabar ini kita memerlukan satu kaedah yang jitu bagi menjaga keselamatan diri kita, anak isteri, rumah dan harta benda, perniagaan serta urusan dan projek projek yang kita jalankan.

 Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT.   Amalkan kaedah ini setiap hari.

  i.       Baca Istiqfar                - 3 kali.

ii.      Baca Selawat              - 3 kali.

iii.        Baca Fatihah               - 1 kali.

iv.        PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):

  - Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan  kerana AlLah - 

1.     Baca Ayat Al-Kursi  1 kali.

2.     baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

 3.     Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.

4.     Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.  

 5.     Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.

6.     Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.  

 7.     Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.

8.     Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

 9.            Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.

10.        Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

 11.        Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.

12.        Baca doa ini: Ya AlLah  Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

 13.        Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.

14.        Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi,  Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.

 15.        Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.

Rujukan :

http://www.geocities.com/ziziana02/pedoman/AyatKursi.htm

Lailatul Qadar -Ya Allah ,Berikanlah Kekuatan kepada kami untuk beribadat dengan ikhlas.

 
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan" (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.).

"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)

Ibnu 'Abbas r.a. menceritakan; Saidina Umar r.a. telah menghimpunkan sahabat-sahabat Nabi r.a. dan bertanya mereka tentang Lailatul-Qadar. Mereka semua bersepakat bahawa malam itu berada dalam lingkangan 10 malam terakhir Ramadhan (HR Imam at-Thabrani).

Adapun tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam tersebut dan pada siangnya, sabda Nabi s.a.w; "Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan" (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu 'Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 7728).

Berkata Imam al-Minawi; "Para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)" (Faidhul-Qadier, hadis no. 7728).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. At-Tajul Jami' Lil-Ushul, Syeikh Manshur 'Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80.
2. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir, surah al-Qadar.
3. al-Asas Fi at-Tafasir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar.
4. Faidhul-Qadier; syarh al-Jami' as-Saghier, Imam al-Minawi.

Selasa

Sedikit masalah BESAR dalam keluarga Pak Ngah Mat -Ani

Assalamualaikum, semua.
 
Wi di sini ingin memaklumkan bahawa kami sekeluarga ada sedikit masalah BESAR pasal Ani.
 
Sangat agak kecoh di kampung pasai Ani lari daripada rumah pada 12-Sept-2009.
 
Setelah laporan polis di buat, Ani dapat di bawa balik rumah pada pagi 14-Sept-2009.
 
Dia lari ke rumah kawan lelaki dia di kuala nerang atau perik (tak berapa pasti).Pada 31/8/2009 dah lari dah daripada rumah Wiyah.
 
Senggaja wi beritahu agar kita dapat berkongsi maklumat berkenaan masalah BESAR ini.
 
Mak Lang ,Mak mah, Pak mat ,Wiyah,Hawa, Zul, Mak nyang, Abang Shah adalah saudara kita yang paling mempunyai maklumat  berkenaan kes ini.
 
Harap semua masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.Amin.

Jumaat

DOSA BESAR -SYIRIK

Assalamualaikum, semua.
 
Ini adalah link kepada tulisan yang menyentuh persoalan SYIRIK.
 
 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syirik, khususnya perbuatan-perbuatan yang mendatangkan Syirik, sila baca di Blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik_15.html) untuk huraian terperinci dan (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik.html) untuk ringkasannya.
 
Semoga bermanfaat.

Renungan Ramadan

Assalamualaikum, semua.
 
Perkara2 "Non-Complience" di Bulan Puasa.....
 
1)                     BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT.
Ia adalah satu DOSA yang AMAT BESAR. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja boleh menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi MENJADI SIA-SIA.
2)                     Tidak mengutamakan solat fardhu secara berjemaah sebagaimana Solat Sunat Tarawih berjemaah. Ini jelas suatu KEJAHILAN yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa atau buat2 lupa serta tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat.
 
3)                     BERPUASA TANPA MENJAGA AURAT DENGAN SEMPURNA.
Ini adalah suatu DOSA BESAR dilakukan oleh Orang2 yang berpuasa. Tidak menutup aurat dengan SEMPURNA bermakna seorang individu itu secara berterusan berdosa dengan Allah s.w.t. 
Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
 
4)                    BERSUNGGUH-SUNGGUH BERIBADAH HANYA DI AWAL RAMADDAN
Ini adalah mentalitI masyarakat kita sekarang. Sedangkan 10 hari Pertama Ramaddan Allah s.w.t kurniakan 'Kerahmatan', 10 hari kedua Allah s.w.t ampunkan dosa2, 10 Hari yang ke-3 Diselamatkan dari Api Neraka…! Juga di akhir Ramaddan adanya Malam Lailatul Qadar..Diberi Ganjaran pahala seumpama beribadah 1000 Bln …!!
Tapi org kita sibuk dengan Malam Lailatul 'Bakar' kuihnya…. Malam Lailatul 'Pelitanya'.. Malam Lailatul 'Balik Kampungnya'…. Aduuuuuuh ruginya….!!!
 
5)                     MALAS BANGUN SAHUR JADI MAKAN WAKTU TENGAH MALAM.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
6)                     BANYAK TIDUR DI SIANG HARI DENGAN ALASAN IA NYA SATU IBADAH
 
7)                     BERPUASA TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN DOSA RIBA'.
 
8)                     BERSAHUR TANPA ADA AMALAN2 LAIN CONTOHNYA SOLAT TAHAJUD, TAUBAT, HAJAT.
 
9)                     KURANG BERDOA KETIKA BERPUASA DAN BERBUKA.

Khamis

Re: Wedding

Waalaikumussalam. Isteriku Rijaliza;
 
Terima kasih banyak atas kata kata penuh syahdu dan padat dengan makna mendalam.
 
Tiada kata seindah kalimah Al Quran untuk isteri tersayang.Semoga kita sentiasa dapat mendampingi ia dengan belajar,membaca,menghafal dan meneliti maknanya.
 
Al-fatihah, Al ikhlas, As-syam,Ya-siin, Al-Mulk, Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar ,2 Ayat terakhir Al-Baqarah dan lain lain malah semuanya.
 
Buat seminggu ini ,abang bercadang supaya kita pakat hafal semua ayat ayat hafalan utk tingkatan 1 dan 2.Abang dah minta Ateh hafal dan nanti kita pakat uji hafalan masing2.
 
Insyallah.
 
"YA ALLAH ,BANTULAH KAMI AGAR SENTIASA DAPAT MENGINGATI-MU DAN BERAMAL IBADAT IKHLAS KERANA-MU"

2009/9/9 Rijaliza Abdul Rahman <liza@intraline.com.my>

Asslamualaikum,
SELAMAT HARI ULAGTAHUN PERKAHWINAN KITA KE-7.
Ucapan ini ditujukan khas buat insan tercinta suamiku... Shafawi
 
Terimakasih diatas kasih sayang dan perhatian ke atas diri ini.
Terlalu banyak kesabaran melayani kerenah diri ini.
Berlimpah nasihat dan kata-kata perangsang dicurahkan.
Bercambah cinta di setiap waktu.
 
Terukir senyum walaupun terpalit kekecewaan.
Jatuh dan bangun bersama dalam meniti usia.
Berhati waja dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang anak, suami, abah dan abang.
 
Isterimu...
Memohon maaf atas ketelanjuran kata dan tindakan.
Mengharapkan kematangan dalam mencari petunjuk ke arah kebaikan.
Inginkan bimbingan agar menjadi isteri yan solehah.
Memohon restu atas segala tindakan agar diberkati.
 
 
Ya Allah kau berkati lah rumahtangga kami. Lapangkan hati kami dan anak-anak demi menjaga agamaMu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Rabu

9-9-2009 = 7

Assalamualaikum,Pn Rijaliza.
 
 
Hari ini saya ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 7. Rasa sekejab sahaja masa berlalu.
 
Pasang surut ,pahit manis dan masin ,panas suam sejuk sudah kita lalui setakat hari ini.
 
Saya ingin berkata ribuan terima kasih atas segala pengorbanan yg tulus selama ini.Juga jutaan maaf atas setiap kesalahan diri ini.
 
Hanya Allah swt adalah sebaik baik Pembalas.
 
Terima kasih juga kepada semua pihak yg bersama sama menjayakan urusan perkahwinan kita pada hari tersebut. MakPak,AyahMak, TokChikTokRabiahTok Piah, Mak2saudara, Sepupusepapat dan adik2abang2.
 
Semoga segala jasabudi yg baik akan dikira sebagai amalan ikhlas oleh Allah swt.Amin

Khamis

Tazkirah Ramadan #1

Assalamualaikum, semua.
1.

Riwayat At Tirmizi, Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T." (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat) .

 

2.

Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya:
 "Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenarnya, nescaya Allah memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung, keluar dari sarang pada waktu pagi dengan perut kosong dan pulang petangnya dengan perut penuh."
 
- H.R. Imam Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim - 
 
3.
Hadith:-
 
Dari Jabir r.a katanya , dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka."
 
(Riwayat Muslim)
 
Huraian:
 
Orang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah SWT. Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmatNya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi. Antara syarat-syarat untuk memperolehi rahmat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Dailami dari Ibnu Abbas r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Allah SWT merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) dan istiqamah dalam hidupnya."  
 
4.
Hadith:-
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."
 
(Riwayat Muslim)
 
Huraian:-
 
Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa besemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut masih juga bergelumang dengan dosa. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari Kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, seharusnya tidak menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok harinya.    
 
 

Rabu

Kenduri Arwah Utk Keluarga Tok Chik

Assalamualaikum, semua.
 
Insyallah kalau tidak ada aral, satu kenduri arwah akan dibuat pada 24-Sept-2009. Kerjasama daripada semua anak cucu tok chik adalah diraikan.
 
Untuk melancarkan perjalanan urusan, kutipan sumbangan sebanyak RM25.00 bagi cucu bujang yg sudah berkerja dan RM50 bagi cucu yg sudah berkeluarga akan dilancarkan oleh wakil keluarga masing masing.
 
Saya wakil dari keluarga Pak Ahmad akan membuat kutipan daripada keluarga sendiri, Pn Salwiyah&kelaurga, En Zulkifli dan Cik Siti Hawa.Jumlah minimum yang dijangka dapat disumbangkan oleh keluarga Pak Ahmad ialah RM 150.00.
 
Minta semua memberi sokongan dengan ikhlas.
 
Semoga pahala bagi doa dan amal anak,cucu yang soleh sampai kepada Tok Chik yang disayangi.
 
 
Amin.
 
 
"rasa kehilangan tok chik selalu singgah di fikiran ini
membuat diri rasa kekosongan
yang tinggal hanya kenangan
moga dapat bertemu lagi nanti..."