Selasa

C&P

R E N U N G A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..3) Badminton ----- Golf ----4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

..... T E T A P I...KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN ,KITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...3) Bangi ---- madinah ---- mekah---4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat

khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan

AKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,

jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi

kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... ......infiniti.......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka

diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

Jumaat

Minggu2 dalam Sejarah


Assalamualaikum ,


Pejam celik (2x). dah masuk minggu ke 3 bulan 4. Cepat sungguh masa berlalu.Masa utk berada di dunia semakin singkat.

Apa bekalan nak bawa pergi...? Amal baik atau dosa?.

Ingatan buat diri saya dan semua... mari kita usaha sebanyak mungkin utk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan sejauh mungkin semua larangan Allah .

Semoga Allah merahmati "Keluarga Kita". Amin.



Rabu

Ada Kolestrol Jahat?

10 Jenis Makanan Antikolesterol
1. SOYAKacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
2. KUACIKuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERINGAntar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNATermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAHKacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGAVitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMISMengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OATLebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATUIa mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Khamis

Sukan Pasti...











Assalamualaikum,semua.

5/4/2009 adalah hari sukan utk pasti kawasan sekitar Serdang/Seri Kembangan.'Ammaar dipilih utk 'jaga bola' . kesian.. he he ..rupanya jadi Penjaga Gol utk Pasukan Pasti Putra Permai.
1 minggu sebelum, dah pergi beli kasut baru.lepas tu kena beli stokin pulak..pasai kalau tak beli ,kalah.Ini kira ugutan... . Haa..lepas tu nak sarung tangan pulak...katanya nanti kotor tangan.tapi tak beli pun pasai dah melebih dah nie.

Pagi pukul 8 lebih sikit ,kami dah sampai Institut Pertanian Serdang /UPM.
Akhirnya..pasukan 'Ammaar dapat tempat ke 3. ok la dapat gangsa. Keseluruhan sukan ini sederhana sahaja. Sponsor kurang mungkin...
Adik Emine tak ikut pasai 'kaki tidur'. Ateh layan dia... pukul 11 lebih baru mangkit.
Lepas dapat hadiah ,kami terus balik.
Letih jugak la..


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Mohd Amirul Adam Daniel?




Gambar Istimewa cahaya mata Amir dan Erra. Lahir pada 3/4/2009. Tarikh ziarah 4/4/2009 di Hospital Selayang.Nama baby masih tiada. Jangkaan Mohd Amirul Adam Daniel bin Amirul Basri.
Semoga murah rezeki dan bahagia selalu.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Kenangan..6/23/2009....rumah G&Ina&adikAin

#1 : Saya tak pasti samaada pakat berbaris menanti makanan atau dah kenyang. Hari ini 6/3/2009. Adik G buat kenduri hari lahir utk adik 'Ain'.
#2: Dah kenyang...

#3 : Ini dia makanan-nya.


#4 : Adik 'Ain' dan Kakak Emine.



#5: makanan ...mana?

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Kenangan...ulangtahun kelahiran ku

#1 : 2 beranak yg dok asyik main --belon buih.angin tengah kuat.tak payah tiup.best.

#2 : 2 beranak berposing di tepi tambak pantai Morib.air dah pasang.

#3 : kami lepak jauh sikit dari org ramai. tak berapa cantik sangat Morib ini. ok lah 1jam perjalanan dari rumah. 50 km.

#4 : Macam ini sajalah "sambutan ulangtahun kelahiran saya ke 33" . Berkelah di Pantai Morib,Selangor.Istimewa pasal timing kena waktu angin kuat...best.



#5 : Bukti angin kuat..he he..terima kasih adik emine.
Kesimpulan : Memang kena ada peruntukan utk pergi jalan2 bersama keluarga tercinta.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.