Selasa

Tok Chik..

 
Tok Chik,
 
{Kembalimu kepada Allah ..Semoga dirahmati dan diredhaiNYA .Amin.}
 
nun di zaman kecilku ...dikaulah pelindung,pembimbing,pembakar emosi kerohanian.
 
kini sentuhan jiwa kasih sayang mu itu sangat mengharukan ku.
 
Tok... dikaulah permata hati .ku merinduimu..
 
 
Semoga Allah merahmati dan meredhai Tok Chik. Amin.
 
Alfatihah.
 
 
 
DOA :"Ya Allah , Bantulah kami untuk selalu ingat kepadaMU dan beramal ibadat ikhlas keranaMU"

Jumaat

Tok Chik ... Balik Kg (30-Jul ~ 2-Ogos)

Assalamualaikum,semua.

30/7/2009 : terkejut liza kata ada miss call daripada kak asiah dan malik (6 miss call). Call malik, tok tak sihat ,kat hospital. terus buat keputusan untuk balik seorang.

31/7/2009 : pukul 11 baru call mak lang selepas call adik wiyah dan zun. penjelasan yg memuaskan dari kedua2. mak lang beri penerangan. tanya nak balik ke? lain macam.saya cakap mungkin balik seorang..walau liza dah email awal utk beri cadangan dan pandangan.bernas lagi mantap.otak ligat mencari 'sesuatu'.call malik,dia tak boleh balik.call kak asiah awal pagi lagi ..balik sekeluarga.call pak teh..balik semua. muktamad saya sekeluarga akan balik. sms ke zun dan wiyah.
Malam pukul 10.30 bertolak. memang mengantuk... tiduq kat rawang jam 11:30

1/8/2009 : zzz sampai~1:30. bawa kereta sampai simpang pulai. sms bang shidan dan razi..depa sudah kat sp petani dan sg perak. laju depa..kereta power.
jam sudah pukul 4 lebih ..jumpa bang shidan dan wan selepas sg perak. sekejab saja itupun masa bersaing atas jalan. pukul 5 sampai Gunung Semanggol. sembahyang isyak.
Agak2 20 kilo sebelum sampai juru. dah mengantuk gila. meter keretapun dah 40km/jam.liza ambil alih. sampai tol tukar balik. jam dah 6.30 .singgah masjid s prai. sejam jugak le..ada yang buat pelaburan.
sampai sg petani utara, masuk jalan lama.tak mengantuk dah. sampai alor setar jam 9.sampai rumah mak mertua jam 9.30.

set jam 11.30 ,nak gerak pergi hospital. sampai tepat jam 12. mahirah jaga tok ,mak lang balik. mahirah habaq kat tok kata saya dan keluarga datang. mak azizah dok sat pas tu pergi tengok mak menakan dia masuk wad kecemasan.penat.
kasihan tok ..alhamdulillah boleh bercakap tapi tak berapa jelas.. dan ingat anak cucu yang mai. tok sedih tengok anak cucu mai tengok dia. saya minta tok bersabar. insyallah akan lega.
abang shah mai , kak asiah, bang shidan, mak .pak. mazni dan wan, pak chik ,halim, pak teh sekeluarga. duduk sampai petang. jam 5 balik.

malam ,call zun suruh p urut tok. jam 9 baru balik kerja. zun p dengan rokiah. saya pergi jam 9 lebih dengan pak. dari luar tengok zun dok urut tok. baguih jugak. mak nyang ada, mak lang ada, hasanah ada.kami masuk kejab ,kena halau dengan pak guard.nak buat macam mana.

sembang dengan rokiah sekejab.(dalam hati)jalan malam2. awat tak mai siang. problem?. saya dah terang kat pak bahawa saya tak ada masalah apa2 walaupun sebelum ini 'gaduh' dengan zun.benggang jugak pasai zun macam ketepi pandangan tok lang. tunggu dan lihat saja. bukankah semua ini urusan Allah.saya mengharapkan yang sama seperti yg tok chik harapkan .

pergi makan ..belanja makan mee.jam 12 baru balik. zun tolong bekam dan urut kaki. sakit jugak . harip betul.jam sudah pukul 2.30 . cerita pasal hantu. zun macam biasa sembang kemas..saya agak percaya namun berhati2.

2/8/2009 : awal mak dah gerak suruh pergi makan pulut. dia kata durian luruh ..1 biji. ada 3 biji lagi kat pokok. memang sedap.
Cargas pergi dusun dengan zun. mai mai hantar guni. naik dua pokok saja. buah dokong. 4 pokok saja berbuah.
kak asiah call.depa tengok tok p scan kepala di KMC.pak teh dah p.

balik rumah mak mertua.jam 11 lebih.hawa sms kata sampai rumah dengan wiyah,zaim,aina. suruh depa masak dulu. panggil tok piah. pukul 1 kami balik .tapi depa dah tak ada ..dah balik ..hawa kerja. menyirap kat hawa. layan makan nasik ..sedap.tiduq..call mak lang tanya tok. mak lang kata dah balik lama. kesian kat mak lang... betul dok sat zun telefon kata minta mai ganti mak lang. cargas pergi.
dok sampai petang. pukul 3~7.30. tok kira nak balik saja. boleh buat lawak nak balik mandi dan mai balik.
mak bah mai, pak not, pak mat tobiaq dan isteri. pak chup dan isteri, tok tam kokdiang mai. tanya wiyah anak berapa. anak dia pun anak 2 jugak... . ... .... .abang shah mai..ada geng.lepas tu pakat meneru mai..

liza bawa mak ,pak, ateh mai naik keta wira. risau jugak tapi lulus cemerlang. risau kereta dok dalam pasu besar kat bulatan hospital saja. alhamdulillah.

bagi buah dokong kat pak teh sikit. pahala kat pak ,mak.

kena halau lagi dengan pak guard. angkara mak teh. biarkan lama2 sekali balik..memang macam tuu.. menantu tok .

kami balik kl jam 10.30 .sampai pukul 9.30 pagi. tak p kerja le.penat.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.