Selasa

DHUHA

Semoga bermanfaat untuk kita semua....
 
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik). " Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ).

 

Waktu Solat Dhuha

Dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Berapa rakaat?

Solat sunat ini sama seperti solat sunat yang lain yakni dua rakaat dan satu salam.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Thabarani:

Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha,

2 rakaat=orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
4 rakaat=orang yang suka beribadat
6 rakaat=dicukupkan baginya hari tersebut
8 rakaat=orang yang selalu berbuat taat
12 rakaat=Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga

Doa Selepas Solat sunat Dhuha :-

Ya Allah ya Tuhanku, jika rezekiku di atas langit, maka Engkau turunkanlah. Jika rezekiku di bumi, maka Engkau keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika lambat, percepatkanlah. Jika haram, halalkanlah. Jika jauh perdekatkanlah.

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Khamis

pelan di kg 23~24-JUL-2011

Salam semua..
 
Sengaja saya coretkan pelan pelan yang singgah dalam kepala saya pada saat ini.ooo tak sabaq rasanya nak balik. alhamdulillah balik dengan VIVA. boleh rehat jugak pasai ada 2nd pilot.tadi telefon mak ..saja tanya pasai mesyuarat kenduri. mak kata dia akan p panggil untuk mesyuarat hari ini atau esok.pelan buat pada malam ahad.saya juga tanya berapa biji durian dok luruh..mak kata 7-8 biji. dalam simpanan dah ada berapa belas tak tau.
Jadi ini adalah pelan sepanjang berada di kg.
 
22/7: tolak jam 8. jangka sampai k kangsar jam 11.30.jumpa linda.jam 12.00 bertolak balik dr k kangsar.
 
23/7 : jangka sampai aloq setar jam 5 lebih. mungkin terus balik lahaq pasai nak p kutip buah durian kat dusun. lepas makan thari kena balik sg korok sat.petang jam 5 ~6 baru balik lahaq. kena pakat masak kot. kalau ada puyoh bakaq pun ok gak. belasah dokong dah tentu. kak asiah pun kata suruh p ambik dokong di b wang. harap ubat kencing manis ada stok ..JANGAN LUPA!!!.masak apa utk mesyuarat pun tak tahu lagi.. apa kata cucuq durian ? tolong bagi idea no.
 
tiduq kat mana ye? berat macam kena bahagi 2 lah. saya sah lahaq bersama emine.
 
24/7 : pagi2 target dah dapat min 2 guni dokong.pisang dah tentu setandan.jangka jam 10 dah boleh kumpul untuk p b wang. makanan tak payah masak .beli saja kot.bihun ke, me kuah ke atau nasik lemak ke dan ll.jangan lupa pulak KHEMAH yang beli hari tu..
Lepas penat makan dan mandi... target jam 3 ptg boleh balik kg. lepak lepak sambil sembang2.Malam jam 9 kena bertolak balik KL. 'Ammaar sekolah.
 
Nota : Harap semua berjalan lancar.Insyallah.Selamat balik kg dan kembali ke KL.
 

MARI PERBAIKI TAKWA..TAMBAHI SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

Salam Semua,
Sedikit kenangan dan tazkirah utk bulan julai 2011.
===========================================
Bertaqwa pada ALLAH dan bersyukurlah kepadaNya. Inilah
perkara  yang utama dan berniat ikhlas, samada ketika kita
bersendirian  mahu pun di hadapan khalayak ramai. Orang
yang  bersyukur  itu mendapat bekalan dan taqwa merupa-
kan sebaik-baik bekalan.

Kebahagian  itu  bukan  pada  harta  yang  dikumpul,  tetapi 
orang  yang  bertaqwa itulah yang bahagia. Dan sebaik-baik
bekalan  adalah  taqwa pada  ALLAH.

 Ia adalah sebaik-baik simpanan kelak di sisi ALLAH.

Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang,

 tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.

Janganlah mengabaikan perbuatan baik. Sesunggnya zaman
itu terus berputar. Setiap saat pasti ada peristiwa samada di-
dalam nyata mahu pun di dalam ghaib.

 

 

 

KEBERKATAN>

 

Kepuasan  pada  hati  sehingga  mententeramkan  jiwa, melegakan emosi 

dan  menenangkan  minda.  Tanpa  keberkatan, maka manusia tidak akan

merasa  lega  dan  puas.  Seperti  meminum air laut ketika dahaga, makin

diminum   akan   semakin   dahaga  jadinya.  Manusia  perlulah   mencari 

keberkatan kerana keberkatan memberi kepuasan.

 

Sebagaimana firman Allah swt:

''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit  perasaan takut 

(kepada musuh)  dan (dengan merasai)  kelaparan,  dan (dengan  berlakunya) 

kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar 

gembira  kepada  orang-orang  yang sabar:  (Iaitu) orang-orang  yang apabila 

mereka  ditimpa  oleh  sesuatu  kesusahan,  mereka  berkata: "Sesungguhnya 

kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka 

itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan 

mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk 

hidayahNya.'' 

(Al-Baqarah 155-157)

 

Betapa bertuahnya orang Islam, kerana Allah swt telah memberikan satu

cara bagi mendapat berkat pada harta, ia membuka jalan keberkatan pada

hidup dan keluarga, itulah namanya sedekah, infak dan zakat. Berkat pada

zakat  contonya  amat  besar  kesannya.  Ianya   dapat  menatijahkan 

kesejahteraan yang berpanjangan walau di mana kita berada.

 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

''Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya

dengan cara yang benar, diberkati padanya,"

(HR Ahmad)

 

Berkat  pada zakat ibarat baja pada pokok. Fungsi baja menyuburkan pokok,

agar pokok yang ditanam hidup subur, tegak menjulang ke langit dan akarnya

kuat  mencengkam  bumi. Dahannya kukuh dan rantingnya teguh. Daun subur

hijau  merimbun  dan meneduhkan. Paling akhir pokok itu akan berbunga dan

berbuah, masak meranum dapat manfaat pada manusia juga haiwan.

 

Begitulah  fungsi  zakat  pada harta  manusia. Zakat memberikan kesuburan

kepada  harta  dalam  bentuk  yang  tidak  nampak lahiriahnya, tapi ditandai

dengan pelbagai perkara. Harta kita tidak cepat rosak, tahan bertahun-tahun

lamanya diguna. Ia juga memberikan manfaat kepada ramai orang.

 

Harta-harta kita juga terselamat daripada nafsu rakus manusia, tidak dicuri

dan disamun.  Bahkan harta itu juga dapat membawa kita kepada jalan bagi

mendekati Allah dan bukan sebaliknya.

Sabda Rasulullah saw:

''Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-bentang zakat".

(HR Abu Daud)

 

Apa yang lebih penting memastikan harta yang diperolehi itu menerusi

jalan yang halal lagi berkat. Ini kerana jika jalannya halal namun tidak

menjaga syariat yang lain, sebagai contoh sengaja membuka aurat atau

meninggalkan solat, maka rezeki itu halal tetapi tidak berkat.

 

Firman Allah swt:

"Wahai  sekelian  manusia,  makanlah yang halal lagi baik daripada apa

yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah

syaitan,  kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu."

(Al-Baqarah:168)

 

Hendaklah  memastikan  harta  ditunaikan  secara  sepatutnya.  Amanah

harta  antara  lain  ialah  menyalurkannya kepada  tanggungan kita yang

berhak,  contohnya kepada ibu bapa dan anak isteri.  Amanah harta juga

ialah memastikan ia tidak disalah guna seperti dibelanjakan ke meja judi 

atau membeli keseronokan duniawi semata-mata. Infak, zakat dan 

sedekah juga adalah amanah harta.

Sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),

sebelum  kamu  menafkahkan  sebahagian harta yang kamu cintai. 

Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah 

mengetahuinya".

(Ali-Imran:92)

 

Menunaikan  hak  yang  wujud  pada harta dengan ikhlas tanpa riak dan

sombong. Ini kerana, Allah swt amat membenci golongan yang memberi

tetapi  hatinya  diselaputi  rasa  sombong,  perasaannya penuh riak dan

mengharapkan pujian daripada orang.

 

Allah swt berfirman:

"Dan  berbuat  baiklah  kepada  dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-

anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat,

ibnu sabil dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."

(An-Nisa':36)

 

Sudah  jelas  kepada  kita,  bahawa Islam mendidik kita agar berhemah dalam

kehidupan. Anjuran Islam samada supaya kita berderma, bersedekah, berinfak

dan  berzakat,  hakikatnya  adalah demi kebaikan kita kembali. Ini kerana, itu

adalah jalan menuju kesejahteraan hakiki.

 

Firman Allah swt;

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertqwa, dan

membenarkan  adanya  pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan

menyiapkan baginya jalan yang mudah."

(Al-Lail: 5-7)

 

Oleh itu terpulang kepada kita cara untuk mengambil keberkatan itu.

 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No one else can ever make your choices for you. 

Your choices are yours alone.

They are as much 

a part of you as every breath you will take, 

every moment of your life.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

You cannot manage your life,

 if you do not manage your self.

You cannot manage your self,

 if you do not manage your choices.

 Manage your choices, 

and you will manage your life.

 

 

 

Selasa

Sufiyatul Emine 5

Salam semua..Ini adalah gambar kenangan di hari lahir emine dan di PPP.