Isnin

Tazkirah sikit pagi pagi ini...moga ada manfaat

Salam semua...
 

Syaitan takut ganggu rumah tangga bahagia

by

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan
dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata:
"Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak."

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: "Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan
berkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." - (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?"
Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan
bersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang membuat gambar ini
akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu."

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: "
Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib." - (Riwayat Nasai').

Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: "Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa:
"Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. " - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. - (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud:
"Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat."

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan:
"Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak." - (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

 (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

1 Surah dalam Al Quran ..

Salam semua,
 
Terjemahan Al Quran Surah Al-Infitaar

[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3] DAN APABILA LAUTAN PECAH BERCAMPUR-BAUR;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
 
Semoga ada manfaat untuk diri masing2..insyallah.

Jumaat

Selamat datang...pak dan wiyah

Salam utk semua,
 
sekejab tadi sempat telefon mak di kg. mak maklumkan bahawa pak nak mai kl dengan wiyah pada 30/1/2011.baru sahaja cakap malam tadi  dengan isteri pasai wiyah selepas tengok gambar2 lama tahun 2005 .tahun itu paling akhir wiyah mai kl.
 
bila difikirkan..mungkin lebih baik datang pada  jumaat malam  1/4/2011, kerana pada hari sabtu pagi boleh dapat pergi ke rembau untuk ziarah ateh.
 
walau bagaimana pun ikutlah kesesuaian masa  pak dan wiyah...yang penting boleh datang ke rumah kami di kl ini sudah cukup2 baik .
 
saya bagi pihak keluarga dahului dengan ucapan terima kasih atas berita ini.
 
jumpa lagi
 
 

Isnin

Ani 21-Mac-2011

Salam semua,
 
Tepat jam 12.00 thari 21/3/2011 ,saya sudah tercegat di lobi RS. Pn Yus ada sesi temubual dengan 1 keluarga lain.Mungkin rutin yang sama seperti mana saya dan ani tempoh hari (setahun yang lalu).
Semasa mendaki anak tangga ,saya sudah nampak barang barang ani. Mungkin besar ani sudah berada di sini bisik hati saya...jadi tidak perlulah ke Sg Buluh.
Ada bersama di lobi ialah seorang pak cik, mak cik dan belia perempuan. Daripada apa yang dibualkan , saya dapat menangkap bahawa mereka pun sedang cuba memohon bantuan RS.
Kelihatan seorang belia wanita keluar daripada bilik temubual dan beliau terus meluru ke pak cik, mak cik tadi.Shafawi!!.. nama sudah di panggil. Pn Yus menegur dan mempersilakan masuk ke bilik. Pn Yus bergegas ke bilik air mungkin. Masuk dengan memberi salam ,kerana di dalam ada 5 orang muslimah bertudung sempurna. Sah...nak kena dengar taklimat ke apa?.
Pn Yus masuk..mesra dan baik tutur katanya. Penuh pengalaman dan banyak jasanya kepada agama.Pn Yus bertanyakan tentang perancangan seterusnya bagi ani.. saya menjawab bahawa saya dan keluarga sedang mencari tempat belajar kemahiran untuk ani.Pn Yus memberi sedikit nasihat tentang ani dan di tokok tambah oleh barisan muslimah tadi.
Ani di panggil masuk ke bilik temubual. Beberapa soalan di tujukan kepada ani oleh Pn Yus sebagai ingatan kembali kepada pengajaran yang di perolehi dari program2 RS.Pn Yus memaklumkan bahawa mereka ada membuat sesi perjumpaan bersama2 bekas2 RS sebelum ani. Beliau minta ani kemukakan apa yang ani ingat masa sesi itu. Walaupun lambat tapi ada 2 point yang ani beri.
 
Berikut adalah antara nasihat Pn Yus kepada ani.
 
.....bersambung kembali
 
Nota ; Moga ani berubah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa.