Isnin

Ayahanda Mai Rumah

Assalamualikum,

Pak mai rumah pasal nak hantar buah -buah .Saya rasa mungkin pasal nak jumpa Ateh sama. Saya faham pak.
Mai dengan Zul.
Gambar sebelah diambil masa kat Cybercafe. Layan Zul ,buat persediaan untuk temuduga.
Pak mai 26-Jul,malam. Balik 27-Jul,malam.
Kesian Pak.

Senarai buah-buahan:
1. Durian
2. Dokong
3. Rambutan
4. Manggis
5. Cempedak
6.Petai
7.pisang


Terima kasih Pak.

Rabu

Koleksi 1






Assalamualaikum,semua.
Salah satu koleksi -----sebagai kenangan.

Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Pasal Temu Duga

Assalamualaikum,semua.

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga
GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.
Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?
Jangan bimbang. Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.
Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.
Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.
Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.
Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.
Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.
Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.
Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.
Persediaan Mental
*Persediaan adalah kunci kejayaan.
*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.
*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.
*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.
*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.
*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.
Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.
Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.
Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.
Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.
Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.
Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya.
Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.
Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain.
Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.
Perkara yang harus diambil berat dalam temuduga:
1. `First impression' amat penting kepada penemuduga. Berikan senyuman, lihat ke arah mata mereka dan salami mereka dengan yakin.
2. Bantu penemuduga dengan `memandu' mereka melalui `kekuatan' anda.
3. Jika anda ditanyakan soalan yang sukar, jangan terburu-buru menjawab. Berfikir terlebih dahulu.
4. Tidak dapat dinafikan semua orang gementar sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Ubat mujarab mengatasinya ialah dengan melakukan persediaan.
5. Penghujung sesi temuduga juga amat penting. Ambil peluang bertanya soalan yang sesuai atau bertanyakan sesuatu yang berkaitan.
6. Memang tidak mudah untuk menduga apa yang bakal berlaku semasa sesuatu sesi temuduga, oleh itu lakukannya dengan penuh keyakinan.


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Isnin

Petua 1

Assalamualaikum,semua.

A. Tak bagi kulit@isi ikan melekat kat kuali

1. masukkan sedikit air cuka dalam kuali
2.panaskan kuali sehingga mendidih
3. buang air cuka tersebut.
4.masuk dan panaskan minyak.
5. masak macam biasa.

B. Nak bagi ikan kekal segar bila lama dok dalam peti sejuk

1. masukan air susu tepung bersama ikan
2. simpan dalam peti ais

Nota : B masih berstatus 'teori'...



Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Butiran Tambahan utk Zulkifli

Assalamualaikum,semua.

KHAS UNTUK ZULKIFLI AHMAD (Semoga Berjaya)

Jawatan : Pembantu Teknik (Ukur Bahan) Gred : J29 Kod Skim : 2929 Kumpulan : Sokongan Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan Jadual Gaji : P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80 P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90
Syarat Lantikan: i) Diploma dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM1615.95]; dan ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik (Ukur Bahan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Teknik (Ukur Bahan) Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: i) mempunyai kelayakan di atas; atau ii) lulus Peperiksaan Khas; dan iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Deskripsi Tugas: Membuat anggaran pengukuran ke atas bangunan dan lain-lain kerja untuk penyediaan anggaran permulaan. Mengambil ukuran secara lukisan untuk tujuan menyediakan senarai bahan dan penyediaan tender dan naskhah meja tender untuk kontrak utama dan kontrak kecil.



Semoga berjumpa lagi...terima kasih.

Jumaat

Zulkifli & Panggilan Temu duga

Assalamualaikum, semua.

Berikut adalah butir-butir berkenaan temu duga:

Nama : Zulkifli bin Ahmad
No.KP:830506025647
Rujukan SPA :SPA:PG(S)489/2929/08 JLD.4
Kod Skim :2929
Jawatan: Pembantu Teknik (Ukur Bahan)
Gred :J29
Kementerian/Jabatan : Kementerian Kerja Raya Malaysia

Tarikh : 05-Aug-08 (Selasa)
Masa : 08:00 Pagi
Tempat :
Bilik Mesyuarat,
Jab.Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah,
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
Jalan Kg Baru,05517 Alor Setar Kedah.

Dokumen yang PERLU :(Asal & Salinan)

1. KP
2. Sijil Kelahiran
3.Sijil Kewarganegaran Malaysia (Surat Beranak Pak & Mak)
4.Sijil Kelulusan Persekolahan : SPM/SPM(V)
5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu.
6.Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Perperiksaan Akhir dari IPT.


Lain-lain:
1. Wajib membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat.
2.Bepakaian sopan & kemas
3. KePUTUSAN : Boleh diketahui mulai 08-Sept-08 dgn melayari laman web SPA atau hubungi TeleSPA No.600-83-7979 atau SMS ke 39111 dengan menaip SPAKEPno.k.p<>kod skim.

Selasa

SMKSI


3-Jul-08 : Selepas selesai urusan di PPD , saya bergegas ke rumah. Kami bertolak ke SMKSI kira kira jam 11:00.sampai di SMKSI ,kami terus ke pejabat sekolah.Urusan pendaftaran tergendala kerana Guru Penyelia Petang belum masuk. Jadi kena la p lepak kat Restoran Mamak berdekatan.

Selesai jumpa Penyelia petang, Guru kelas, Guru SPBT.. Ateh terus di bawa ke kelas 1SPE1. Ateh kata ada 40 pelajar, 6 perempuan dan 34 lelaki.Kena sorak sakan.


4-Jul-08 : Saya hantar Ateh p sekolah. Petang masa nak ambil Ateh, saya bincang dengan Abang Harun (pemandu bas).Ateh dah keluar... ambil gambar buat kenangan.jumpa lagi ......

Jumaat

Ateh & SMK Seri Indah

Urusan perpindahan ke Selangor:

25-Jun-08 : Siti Hawa menguruskan pemberhentian Ateh di SMKSM.
-setelah malam sebelum persetujuan telah dicapai antara tok chik dan keluarga di Pondok-

27-Jun-08 : Saya bersama 'Ammaar Sufiyy balik ke kg dengan bas.
-Liza dan Sufiyatul Emine tolong hantar kat STAR Sg Besi-

29-Jun-08 : Ateh berangkat ke Selangor jam 10.45 pagi di Shahab Perdana.
-awal plan naik kat jitra, tapi bas terlepas. terpaksa pecut ke AS-

1-Jul-08 : Saya ke PPD Petaling Perdana di Sek.19 Shah Alam untuk urusan pertukaran.
-hari isnin tak dan pasai ada meeting kat Pernec-

3-Jul-08 : Ateh mendaftar ke SMKSI.
-Di tempatkan dalam kelas 1SPE1.Guru kelas Pn Nazariah. -biasalah baru masuk sekolah.suara pun tak keluar. sampai cikgu tanya banyak kali- lepas beli buku dan ambil buku teks, saya terus pergi kerja-Ateh sesi petang-