Isnin

Butiran Tambahan utk Zulkifli

Assalamualaikum,semua.

KHAS UNTUK ZULKIFLI AHMAD (Semoga Berjaya)

Jawatan : Pembantu Teknik (Ukur Bahan) Gred : J29 Kod Skim : 2929 Kumpulan : Sokongan Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan Jadual Gaji : P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80 P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90
Syarat Lantikan: i) Diploma dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM1615.95]; dan ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik (Ukur Bahan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pembantu Teknik (Ukur Bahan) Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: i) mempunyai kelayakan di atas; atau ii) lulus Peperiksaan Khas; dan iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Deskripsi Tugas: Membuat anggaran pengukuran ke atas bangunan dan lain-lain kerja untuk penyediaan anggaran permulaan. Mengambil ukuran secara lukisan untuk tujuan menyediakan senarai bahan dan penyediaan tender dan naskhah meja tender untuk kontrak utama dan kontrak kecil.



Semoga berjumpa lagi...terima kasih.