Isnin

RS : Ani

Assalamualaikum semua
 
Hari ini 22/2/2010, adalah hari Ani memasuki RS di Sg Buloh. Pendaftaran selesai dalam pukul 10.30 pg. Selepas itu kami diberi peta untuk ke rumah RS. Mudah kerana sudah biasa lalu.
 
Kawasan kampung pinggir bandar.
 
Setelah hon kereta di bunyikan pihak warden RS keluar untuk sambut kami. Seorang serious saja tapi seorang lagi ok. Tidak cakap banyak ..saya diberi tugasan untuk membaca peraturan2 RS. 2 beg Ani di periksa dengan teliti. Kata mereka space kecik,jadi pakaian kena catu.1 beg kena bawak balik.Timba & tapawe, camca dan cawan kena bawak balik.Dah ada kata nya.
 
Menurut pengerusi RS , pelatih sudah ada 27 orang , maximum 30 orang. Waktu lawat adalah 1 kali sebulan. Bayaran/sumbangan seterusnya adalah di akhir bulan 3.
 
Peraturan ketat, macam minggu orentasi sekolah asrama atau kolej.
 
Harap cita cita kita dikabul-NYA. Amin.