Isnin

Nisfu Syaaban :1 Kefahaman

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)." [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

Sedangkan dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).


Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan.  Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik;  membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :

"Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)". (QS 73 : 4)

Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah Fardhu 'Ain ke atas semua orang islam.

Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan
Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:

Firman Allah di dalam al-Quran:
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(Surah al-Mu'min, 40: 60)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Jumaat

aku?

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. ... See More

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Isnin

Mati...

TETAMU YANG TERAKHIR

Tahukah siapa tetamu kita yg terakhir? Tahukah apa tujuan dia mengunjungi kita?

Ketahuilah! Dia tidak datang kerana menginginkan hartamu atau ingin menikmati makanan lazat bersamamu, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yg tak mampu untuk dia selesaikan.

Sungguh! Dia datang kerana inginkan dirimu sahaja. Dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu.

Dialah malaikat maut. Tetamumu yang terakhir.

Diceritakan suatu hari Al-Hassan Al-Bashri melewati sekelompok pemuda yang sedang tertawa terbahak-bahak, maka beliau bertanya "Wahai saudaraku, apakah kalian pernah menyeberangi As-Sirat (jambatan jahanam)?"

Para pemuda itu menjawap "Belum"

Beliau bertanya lagi, "Apakah kamu tahu ke syurga atau ke neraka kamu akan dimasukkan?"

Mereka menjawap "Tidak".

Kemudian beliau berkata "Lalu mengapa kamu ketawa terbahak-bahak? Semoga Allah memberi maaf kepada kamu."

Beliau menjelang wafat pernah berkata sambil menangis "Jiwa yang lemah, sedangkan urusan sangat dasyat dan besar, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Dia jua kita akan kembali"

-Dari buku malam pertama di alam syurga 

Khamis

Emine -Anak kesayangan

Salam semua.
 
Senggaja saya berkongsi gambar ini sebagai kenangan.Emine sudah pun genab 4 tahun semalam.Alhamdulillah ..beliau adalah seorang yang ceria dan baik.
Semoga Allah melindungi perjalanan hidup Emine selamanya. Amin
Jumpa lagi.