Isnin

Mati...

TETAMU YANG TERAKHIR

Tahukah siapa tetamu kita yg terakhir? Tahukah apa tujuan dia mengunjungi kita?

Ketahuilah! Dia tidak datang kerana menginginkan hartamu atau ingin menikmati makanan lazat bersamamu, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yg tak mampu untuk dia selesaikan.

Sungguh! Dia datang kerana inginkan dirimu sahaja. Dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu.

Dialah malaikat maut. Tetamumu yang terakhir.

Diceritakan suatu hari Al-Hassan Al-Bashri melewati sekelompok pemuda yang sedang tertawa terbahak-bahak, maka beliau bertanya "Wahai saudaraku, apakah kalian pernah menyeberangi As-Sirat (jambatan jahanam)?"

Para pemuda itu menjawap "Belum"

Beliau bertanya lagi, "Apakah kamu tahu ke syurga atau ke neraka kamu akan dimasukkan?"

Mereka menjawap "Tidak".

Kemudian beliau berkata "Lalu mengapa kamu ketawa terbahak-bahak? Semoga Allah memberi maaf kepada kamu."

Beliau menjelang wafat pernah berkata sambil menangis "Jiwa yang lemah, sedangkan urusan sangat dasyat dan besar, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Dia jua kita akan kembali"

-Dari buku malam pertama di alam syurga