Sabtu

Hari ini kerja

Salam,
 
Hari ini kerja.
Ada system down sejak 22-Apr-2010.Hari ini 'ammaar ke sekolah ganti.Ateh tidak ada Korikulum -Bomba hari ini.
Semalam telefon mak tapi tak angkat.Telefon pun dah pukul 11 suku,terlupa tapi dah janji nak call masa mak telefon mai.Insyallah hari ini telefon.
Minggu depan cuti hari isnin.best.'ammaar dah booking suruh pergi ambil dia di sekolah agama,malas nak pergi taski.Lama lama sekali ok juga.
Harap masalah di tempat kerja ini selesai segera. Dah kritical dah nie.Lain kali kena berjaga-jaga.
Jumpa lagi.
 
 

Khamis

Mutiara Iman

Assalamu'alaikum.
Semoga bermanfaat untuk semua. Amiin.

MUTIARA IMAN


REZEKI YANG BANYAK ATAU BERKAT?

 Maksudnya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya"  (Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Hadis Hasan)

Ulasan Hadis:

1.        Hadis di atas mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada dalam mengharungi kehidupan kita seharian.

2.        Kadangkala kita sering merungut mengapa kehidupan kita susah, tidak dikurniakan rezeki yang murah serta sentiasa ditimpa musibah .

3.        Adakah kita pernah terfikir bahawa ia berkait rapat dengan keberkatan? Selain itu ia juga berkait rapat dengan dosa-dosa yang kita lakukan.

4.        Tidak dinafikan bahawa manusia tidak akan sunyi daripada melakukan dosa, namun pernahkah kita terfikir untuk menghentikan dosa yang dilakukan atau ada inisiatif yang diambil agar dosa-dosa yang dilakukan tidak berulang?

5.        Janganlah disebabkan kesukaran dalam kehidupan, kita sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga.

6.        Mari kita muhasabah diri, agar kita sentiasa menjadi orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan biar pun ia sedikit yang paling penting ia adalah rezeki yang berkat. Tidak guna jika bergaji tinggi andai tidak ada keberkatan dalam hidup atau hidup sentiasa dalam kegelisahan kerana merasa tidak cukup dengan apa yang ada dan sering membanding-bandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang yang diberi lebih kemewahan.

WALLAHU'ALAM.

Isnin

April2010 .....

Assalamualaikum, semua.
 
Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan April 2010. huuh cepatnya masa. Teringat pasal 'tanda2 kiamat' ..
umur sudah 34...
terasa kenangan masa kecik2, sekolah rendah, sekolah teknik ...seperti baru sahaja lepas.
ada yang masih bermain2 di mata, ada yg sudah hilang daripada memori.
tok chik , hidayah, asmanizam (kawan) sudah meninggalkan dunia (moga Allah sentiasa merahmati mereka dan kita semua..AMIN) .
teringat kenangan manis bersama tok chik. penuh nasihat , banyak cerita nya dan baiknya budi dan tauladannya.
pasti kita jua menunggu giliran kerana ia (mati) semakin hari semakin menghampiri kita...apakah persiapan kita?
kenangan ohh kenangan.. tentu semuanya bersulam pahala & dosa .
akhirnya akan ditinggalkan.
"Wahai Allah Yang Maha Agung.Mohon ampuni kami" .
"Hanya kepadaMU ya Allah , kami memohon dan meminta..agar diredhai dan dirahmati"
"Ya Allah ,Tunjukkilah kami jalanMU yang lurus, matikan kami nanti dengan kematian yang baik, anugerahi kami dengan dapat memasuki syurgaMU dan dijauhkan dari nerakaMU"
 
AMIN.