Selasa

Hari Asyura 2010-Mari Berpuasa pada 15/16-12-2010

 
AMALAN YANG DISUNATKAN PADA 10 MUHARRAM ; dari laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam
 
Tafsirnya: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati." (Surah at-Taubah: 36)
Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya'ban." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam 'alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 'alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.
Di samping keistimewaan hari 'Asyura' yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari 'Asyura' juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut. Amalan Yang Disunatkan Pada Hari 'Asyura' Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari 'Asyura' serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.
1. Puasa pada hari 'Asyura'
Hukum berpuasa pada hari 'Asyura' adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Baginda bersabda:
"Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam." (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain pula, Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma menceritakan:
"Aku tidak melihat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari 'Asyura', dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam turut berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini.
Antaranya: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa'id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhum, katanya:
"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Kemudian Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa." Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu." Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa hari 'Asyura dan menyuruh para
sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari 'Asyura:
"Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ini adalah hari 'Asyura', dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah"." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari 'Asyura'. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari 'Asyura'.
Fadhilat berpuasa hari 'Asyura' disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "… Berpuasa pada hari 'Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut)." (Hadis riwayat Muslim)
Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan 'tahun yang dahulunya':
i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari 'Asyura'.
ii. Sepanjang tahun sebelum hari 'Asyura (iaitu bermula dari hari 'Asyura' sebelumnya).
Didahului Dengan Puasa Tasu'a' (9 Muharram)
Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari 'Asyura' sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu pada 9 Muharram.
Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu'a' ialah:
a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu'a' adalah sebetulnya hari 'Asyura'.
b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari 'Asyura' sahaja.
c. Menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'
Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram
Apabila seseorang melaksanakan puasa hari 'Asyura', sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu'a'.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Puasalah kamu pada hari 'Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa 'Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan
puasa hari 'Asyura' iaitu:
i. Berpuasa pada hari 'Asyura' sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu'a' (9 Muharram) dan pada hari 'Asyura'.
iii. Berpuasa pada hari 'Asyura' dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu'a' (9 Muharram) , hari 'Asyura' dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi'e Rahimahullah.
2. Menyenangkan hati kaum keluarga
Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum
keluarga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan 'melapangkan' atau 'menyenangkan' di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam 'Asyura', mandi hari 'Asyura', bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu'.
Marilah kita bertekad untuk mengisi hari 'Asyura' yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara'.
Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Jumaat

Rabu

Link Ilmu

 

Puasa di Tahun Baru Islam 1432 (14 & 16-DEC-2010)

Dalil dalil Puasa bulan Muharram Puasa Hari Assyura tanggal 9 dan 10 Muharram

Sabda Rasulullah saw : "puasa hari asyura menghapus dosa setahun yg sebelumnya" Shahih Muslim hadits no.1162)

sunnah membelanjakan hadiah untuk istri dan keluarga di hari asyura, dan para sahabat menjadikan puasa untuk anak2 mereka yg masih bocah pula, diriwayatkan dalam beberapa hadits pada shahih muslim bahwa shabata mengumpulkan anak anak bocah mereka di masjid dan membuatkan mainan mainan untuk mereka, bila mereka menangis karena lapar maka mainan itu diberikan pada mereka untuk melupakan lapar dan hausnya. (shahih Muslim).

mengenai puasa di bulan muharram yg terbaik adalah pada tanggal 9-10.

dan riwayat shahih menyatakan bahwa puasa paling afdhal setelah ramadhan adalah di bulan muharram.

Niat Puasa Aasyura (10 Muharram) :
" NAWAYTU SHAUM ASYURA SUNNAH LILLAHI TA'ALA"

Puasa 10 muharram adalah sunnah Rasul saw, demikian belasan hadits riwayat shahih Bukhari dan shahih Muslim dan lainnya, riwayat shahih Muslim bahwa Rasul saw bersabda puasa 10 muharram menghapus dosa setahun,
riwayat shahih Ibn Hibban sebaik baik puasa setelah ramadhan adalah puasa asyura (10 muharram).Dalam madzhab syafii (madzhab kita), berpuasa adalah pada 9-10, karena Imam Syafii berfatwa terdapat hadits Rasul saw bahwa jika aku menjumpai tahun yg akan datang aku akan berpuasa 9 dan 10 muharram, namun beliau wafat dan tidak sempat melaksanakan puasa 9 - 10,
namun Imam syafii berfatwa bahwa puasa 9-10 jauh lebih berhak dilakukan, demi tidak menyamai yahudi yg berpuasa hanya pada 10 Muharram saja, karena Rasul saw selalu mengajarkan untuk tidak menyamakan diri dg yahudi dan nasrani.

Isnin

DOA MALAIKAT

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya"
*(QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Khamis

10 HARI ZULHIJJAH 1431

Assalamualaikum semua.
 
"Marilah kita berusaha menambah amalan kita kerana Allah SWT."
 
 

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

http://inijalanku.wordpress.com/2007/12/03/kelebihan-10-hari-hari-pertama-zulhijjah/

Jumaat

22-10-2010 =34

Salam untuk-mu, isteriku rijaliza
waktu terus bergulir..
melaju..
meninggalkan..
dan menjemput hari-hari berlalu...

namun tetap masih kusadari kini usiamu telah genap 34 tahun..

SELAMAT ULANG TAHUN ……
SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMUR
BERTAMBAH PULA RAHMAT DAN NIKMAT
YANG DIBERIKAN ALLAH UNTUKMU
 

 

Selasa

Renungan bersama 19102010

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya  untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh  ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang  ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
 
Moga ada manfaat.

Jumaat

Renungan..8102010

Wasiat Imam Syafie

Artikel Pendek
Wasiat  Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
 
 

Hukum menerima bantuan dari wang yang haram.

Muqaddimah

Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار



Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu, 
Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertama

Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

"Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ]  dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana,  harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;
       
I.               Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya
     
II.                Harta haram [Harta riba' yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba'. Perbuatan ini juga adalah haram
     
III.               Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara'.  Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya'.

 IV.           Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan


فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه 


وسلم: "أطعموها الأساري"
Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].
Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)، 
فقال: يتصدَّق به.
Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak 
boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah " bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram "[7].

Pendapat kedua

Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah
1.     
  Firman Allah swt di  dalam Surah al-Baqarah 

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji "
2.     
  Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketiga

Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-'Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.
وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi'e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah
____________________________________________________________________________________________

Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram
Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba' dan dia mendapat keuntungan melalui riba'. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba' tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba' bukan kerana duit tersebut haram.
Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;
1.     
  Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2.       Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3.       Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.
____________________________________________________________________________________

Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt.  Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat .

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya , bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka ..... 

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

Wallahualam bissowab .

Nasrudin bin Hassan At tantawi

Khamis

Ujian: satu rukun hidup?

              Entah berapa banyak keadaan getir dan runsing melanda hidup ini, doa ini salah satu 'penyejuk perasaan' dan pemberi harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.
Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka saya yakin ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)
"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir" (Surah al-Qasas 24).
Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s "Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir". Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.
 
               Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.

Firman Allah: (maksudnya)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau 'sapaan' Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

"Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)" (Riwayat Muslim).

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan "dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini".

Kita semua akan melalui 'bicara dan didikan Tuhan' melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: "Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir" ("Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir").

Petikan dari Blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Selasa

Pahlawan Islam akan bangkit semula di tempat runtuhnya?

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Khulafa al-Rasyidin

* 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
* 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
* 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
* 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
* 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
* 637M- Mesir ditawan.
* 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
* 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
* 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
* 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
* 646M- Kempen menentang Byzantine.
* 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
* 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
* 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
* 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
* 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
* 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
* 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

Kerajaan Bani Ummaiyyah

* 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
* 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
* 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
* 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
* 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
* 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
* 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
* 713M- Penaklukan Multan.
* 716M- Serangan ke atas Constantinople.
* 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
* 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
* 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
* 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah

* 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
* 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
* 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
* 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
* 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
* 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
* 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
* 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
* 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
* 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
* 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
* 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
* 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
* 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
* 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
* 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
* 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
* 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
* 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
* 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
* 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
* 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
* 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Empayar Turki Uthmaniyyah

* 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
* 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
* 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
* 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
* 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
* 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
* 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
* 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
* 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
* 1526M- Perang Mohacs
* 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
* 1571M- Perang Lepanto berlaku.
* 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
* 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
* 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
* 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
* 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
* 1792M- Perjanjian Jassy.
* 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
* 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
* 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
* 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
* 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
* 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
* 1829M- Perjanjian Adrianople.
* 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
* 1841M- Konvensyen Selat.
* 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
* 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
* 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
* 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
* 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
* 1912M- Perang Balkan pertama.
* 1913M- Perang Balkan kedua.
* 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
* 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
* 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
* 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Fateh

Penawanan Constantinople(Istanbul,Turki)


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin



Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Isnin

Tafsir bab menerima dan menjadi tetamu

Tafsir Al-Quran
Surah An-Nur ayat 27-29


Firman Allah SWT,

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat".(27)

Sebab turun ayat

Diriwayatkan daripada Adiy bin Thabit, seorang lelaki kaum Ansar : Bahawasanya seorang wanita telah bertanya kepada Rasulullah saw : " Ya Rasulullah ! Saya sedang berada dalam rumah dalam keadaan saya tidak ingin dilihat oleh ayah mahu pun anak saya, tiba-tiba ada orang masuk ke rumah melihat saya apa yang patut saya lakukan ?", maka turunlah ayat ini.

Huraian ayat

Rumah adalah tempat menyimpan rahsia kerumahtanggaan. Pada kebiasaan, manusia itu ada dua wajah, wajah dalam rumah dan wajah di luar rumah. Apa yang berlaku dalam rumah adalah rahsia peribadi seseorang mukmin. Pendedahan aurat antara suami isteri serta anak-anak gadis adalah lumrah di dalam rumah.

Justeru itulah dalam ayat 27, Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman supaya memiliki adab yang mulia apabila berkunjung ke rumah orang. Hikmahnya agar memelihara maruah tuan rumah supaya tidak kelihatan segala pemandangan yang mengaibkan diri dan keluarganya.

Ayat ini menjelaskan, antara adab yang perlu dilakukan ketika mengunjungi rumah orang ialah meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu kepada penghuninya, moga-moga dengan cara itu akan menimbulkan perasaan kasih dan kemesraan sesama manusia.

Firman Allah SWT,

"Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(28)

Pada ayat 28, Allah SWT menyatakan sekiranya orang yang berkunjung itu tidak mendapat izin dari penghuni rumah, maka hendaklah ia pulang saja. Sikap demikian itu adalah lebih baik daripada berdiri di depan pintu rumah dengan niat memaksa penghuni rumah agar mengizinkannya kerana penghuni rumah kadang-kadang sedang sibuk dengan suatu pekerjaan dan dia tidak mahu diganggu oleh tetamu.

Jika rumah itu tidak ada penghuni yang berhak untuk memberi izin masuk meskipun ada kanak-kanak ataupun orang gaji, maka janganlah juga cuba masuk kerumah itu sehingga mendapat keizinan dari penghuni rumah yang sebenar. Ini kerana ada penghuni rumah yang tidak suka orang luar melihat apa yang terdapat di dalam rumahnya.

Dan juga mungkin kemasukan orang luar ke rumahnya mengakibatkan kehilangan sesuatu barang yang berharga akhirnya timbul tuhmah kepada orang yang memasuki rumah tersebut. Walaubagaimanapun jika memasuki rumah tersebut kerana kecemasan seperti memadamkan api kebakaran, menghalang berlakunya jenayah atau sebagainya tidaklah mengapa.

Firman Allah SWT seterusnya,

" Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan" (29)

Pada ayat ke 29 pula Allah SWT menyatakan tiada kesalahan memasuki rumah yang tiada penghuni sekiranya sudah mendapat keizinan dari tuan rumah seperti memasuki kedai, hospital, dan lain lain. Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui niat baik dan buruk seseorang apabila masuk ke rumah orang.

Adab menerima tetamu

Dalam sebuah hadis,

إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة


Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.


Kunjung mengunjung amalan mulia

Antara adab tuan rumah dalam menyambut tetamu, hendaklah tuan rumah atau ahli keluarganya keluar atau bangun dan senyum menyambut mereka di depan pintu.

Hidangkanlah kepada tetamu jamuan yang istimewa pada hari pertama dan malamnya manakala pada hari berikutnya adalah jamuan biasa. Ini bersandarkan kepada hadis Nabi saw,

من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته, قالوا : يا رسول الله, وما جائزته ؟ قال : يومه وليلته . والضيافة ثلاثة أيام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه


Maksudnya : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, Jaizahnya bila ? Nabi saw menjawab : (Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya. (HR Bukhari dan Muslim)

Makanan istimewa untuk tetamu

Makanan yang istimewa untuk tetamu pada hari pertama seelok-eloknya ialah daging sekiranya mampu. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 64 ketika menceritakan Nabi Ibrahim a.s sewaktu menyambut tetamunya,

" Sesungguhnya telah datang utusan-utusan kami kepada nabi ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan.Lalu mereka memberi selam dengan berkata:"Salam sejahtera kepadamu (wahai ibrahim)."Nabi ibrahim menjawab:"Salam sejahtera kepada kamu".Maka tidak berapa lama selepas itu,dia menghidangkan jamuan untuk mereka,seekor anak lembu yang dipanggang".


Namun begitu jika tidak mampu janganlah sampai membebankan, apa yang terbaik maka itulah yang dihidangkan. Sabda Rasulullah saw,

لا يتكلفن أحد لضيفه ما لا يقدر عليه

Maksudnya : Janganlah seseorang itu membebankan dirinya untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu. (HR Al-Baihaqi)

Dan tetamu, janganlah merungut dengan makanan yang dihidangkan, sebaliknya hendaklah redha dengan makanan yang dijamu kepadanya. Itulah rezeki yang telah dikurniakan oleh AllahSWT kepadanya.

Sekiranya tetamu menginap di rumah lebih dari tiga hari, maka menjelang hari keempat dan seterusnya tuan rumah berhak memberitahu tetamu sekiranya tidak mampu melayan. Tetapi sekiranya mahu melayan juga, maka ia adalah sunat dan dikira sebagai sedekah. Sabda Rasulullah saw,

"Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

Sekiranya tuan rumah tidak menyediakan apa-apa hidangan untuk tetamu walau pun seteguk air, maka tetamu berhak mengambil sendiri apa yang mereka kehendaki pada batas yang berpatutan. Sabda Rasulullah saw,

أيما ضيف نزل بقوم فأصبح الضيف محروما (أى من الطعام وما يحتاجه) فله أن يأخذ ( أي من مال المضيف) بقدر قراه ولا حرج عليه


"Jika seseorang tetamu singgah di sesebuah rumah namun ia tidak dilayani maka ia berhak mengambil sekadar hak jamuan untuknya dan ia tidak berdosa". (HR Ahmad)

Bersama ipar duai ketika berbuka puasa

Yang dimaksudkan dengan "sekadar hak jamuan" ialah ukuran mengikut kadar kemampuan tuan rumah. Justeru untuk mengelakkan perasaan malu, apabila tetamu masuk ke dapur untuk mengambil haknya, maka adalah lebih baik jika tuan rumah sendiri menyediakan juadah sekadar yang dia mampu. Jika benar-benar tidak ada, maka terangkan secara jujur bahawa tidak ada apa-apa yang hendak dihidangkan.

Adalah sunat hukumnya menghantar tetamu pulang sehingga ke depan pintu rumah atau ke stesen bas atau keretapai jika mereka datang menaiki kenderaan awam. Sabda Rasulullah saw,

إن من السنة أن يخرج الرجل مع ضيفه إلى باب الدار


Maksudnya : Termasuk amalan sunnah bila kamu menghantar pulang tetamu sampai ke muka pintu rumah.

Adab menjadi tetamu

Beradasarkan surah an-Nur ayat 27 tadi, hendaklah para tetamu mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk masuk.

Setelah salam yang pertama di beri tetapi tidak mendapat respon, maka tunggu dulu sebelum memberi salam yang kedua. Ketika itu tuan rumah mungkin sedang bersiap sedia mengemaskan diri dan rumah untuk menerima tetamu.

Kemudian beri pula ucapan salam yang ketiga. Sekiranya tiada juga respon maka hendaklah pulang. Berdalilkan hadis Rasulullah saw,

إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فلينصرف


Maksudnya : Apabila seseorang kamu minta izin sampai tiga kali, namun masih belum juga diberi izin maka hendaklah dia beredar.

Sebelum diizinkan masuk, janganlah menghalakan mata ke dalam rumah. Sabda Rasulullah saw,

لو أن امرأ أطلع عليك بغير إذن فحذفته بحصات ففقأت عينه ما كان عليك جناح

Maksudnya : Kalau ada orang yang menengok-nengok rumahmu tanpa izin lalu engkau lempar batu sehingga matanya pecah, tidaklah engkau berdosa. ( HR Bukhari dan Muslim)

Jika sudah diizinkan masuk ke rumah, janganlah tetamu duduk sehingga dipelawa oleh tuan rumah dan ditunjukkan dimana tempat duduk. Jangan sekali-kali duduk di tempat khas milik tuan rumah, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

"Janganlah seorang lelaki menjadi imam bagi lelaki lain di daerah kekuasaannya dan jangan duduk di tempat duduk yang dimuliakannya melainkan dengan izinnya." (HR Muslim)

Jika terdapat beberapa tetamu lain, hendaklah tuan rumah menyuruh mereka melapang-lapangkan tempat duduk untuk menempatkan tetamu yang baru datang. Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu." (Surah al-Majadilah, ayat 11)

Bagi tetamu yang baru datang, hendaklah dia duduk di tempat yang kosong yang ditemuinya sekalipun ia agak jauh dari tuan rumah. Janganlah menyelit-nyelit ke hadapan di antara tetamu untuk menghampiri tuan rumah atau menyelit duduk di antara dua tetamu yang sudah sedia duduk melainkan dengan meminta izin mereka berdua. Rasulullah s.a.w. menegaskan:

"Tidak halal bagi seseorang memisahkan dua orang (yang sedang duduk) kecuali dengan izin kedua-duanya." (HR Abu Daud )

Jika tidak mendapat izin atau memang tiada tempat duduk, maka jangan menyuruh orang yang sedang duduk untuk berdiri, sebaliknya duduklah di belakang atau di mana jua yang ditemuinya. Sabda Rasulullah saw,

"Janganlah seseorang menyuruh orang lain berdiri dari tempat duduknya lalu dia duduk di tempat itu." (HR Bukhari)

Demikian juga, apabila tetamu yang sedia memiliki tempat duduk bangun sebentar untuk sesuatu urusan sementara, janganlah diambil tempat duduknya sebagaimana sabda Rasulullah saw,

إذا قام أحدكم من مجلسه ثم رجع إليه فهو أحق به


"Apabila salah seorang kalian bangkit dari tempat duduknya kemudian kembali ke tempatnya, maka dia lebih berhak ke atas tempat tersebut."(HR Muslim)


Jagalah adab sopan ketika menikmati jamuan

Di mana jua tetamu itu duduk, amatlah penting untuk menjaga perbualan agar ia sentiasa berorientasi kepada kebaikan. Jauhilah perkataan yang buruk umpama mencerita keburukan orang, membuka rahsia, berburuk sangka, bergosip dan sebagainya kerana ia adalah perkataan yang dihasut oleh syaitan. Sabda Rasulullah saw,

"Tidaklah satu kaum itu duduk dalam satu majlis yang tidak diisi dengan zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi mereka kecuali akan menjadi penyesalan ke atas diri mereka. Jika Allah berkehendak, Allah akan menyeksa mereka dan jika tidak Allah akan mengampunkan mereka." (HR Al-Tirmizi)


Jaga pertuturan semasa berbual

Perkataan yang baik ialah "zikir", iaitu apa sahaja subjek perbualan yang dapat mengingat serta menghubungkan seseorang kepada Allah. Juga selawat, yakni dengan membacakan hadis-hadis yang sahih. Ini kerana dalam menyampaikan hadis, semua orang akan berselawat setiap kali nama Rasulullah disebut.

Adab ketika pulang.

Apabila berziarah, janganlah meluangkan masa yang agak lama kerana ia akan memberatkan tuan rumah dan ahli keluarganya yang lain. Justeru Islam mengajar kita adab untuk segera pulang setelah dijamu oleh tetamu. Allah s.w.t. berfirman:

"Apabila kamu dijemput maka masuklah, kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual.." [Surah al-Ahzab, ayat 53]

Sebelum pulang, hendaklah meminta izin dari tuan rumah, janganlah terus menghilangkan diri. Sabda Rasulullah saw,

"Apabila salah seorang kamu mengunjungi saudara seagamanya dan duduk di sisinya, maka janganlah dia pulang melainkan dengan meminta izin terlebih dahulu." (Silsilah al-Shahihah)

Sebelum kaki melangkah keluar, hendaklah memberi salam terlebih dahulu kepada tuan rumah. Sabda Rasulullah saw,

"Apabila salah seorang kalian mendatangi satu majlis, maka hendaklah dia mengucapkan salam (Assalamu'alaikum) dan apabila dia hendak bangun (pulang dari majlis) hendaklah dia mengucapkan salam. Tidaklah salam yang pertama lebih utama dari salam yang kedua (melainkan ia sama-sama penting)." (Shahih Sunan Abu Daud)

Seterusnya berjabat tangan. Dalilnya,

"Berjabat tangan merupakan penyempurna ucapan salam yang kamu berikan." (Silsilah al-Dha'ifah).

Sebuah lagi hadis tentang kelebihan berjabat tangan,

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)

Walaubagaimanapun, amalan berjabat tangan mestilah dilakukan mengikut syariat Allah s.w.t yakni dilarang berjabat tangan sekiranya tetamu itu bukan mahram.

Wallahualam,

Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor