Khamis

MARI PERBAIKI TAKWA..TAMBAHI SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

Salam Semua,
Sedikit kenangan dan tazkirah utk bulan julai 2011.
===========================================
Bertaqwa pada ALLAH dan bersyukurlah kepadaNya. Inilah
perkara  yang utama dan berniat ikhlas, samada ketika kita
bersendirian  mahu pun di hadapan khalayak ramai. Orang
yang  bersyukur  itu mendapat bekalan dan taqwa merupa-
kan sebaik-baik bekalan.

Kebahagian  itu  bukan  pada  harta  yang  dikumpul,  tetapi 
orang  yang  bertaqwa itulah yang bahagia. Dan sebaik-baik
bekalan  adalah  taqwa pada  ALLAH.

 Ia adalah sebaik-baik simpanan kelak di sisi ALLAH.

Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang,

 tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.

Janganlah mengabaikan perbuatan baik. Sesunggnya zaman
itu terus berputar. Setiap saat pasti ada peristiwa samada di-
dalam nyata mahu pun di dalam ghaib.

 

 

 

KEBERKATAN>

 

Kepuasan  pada  hati  sehingga  mententeramkan  jiwa, melegakan emosi 

dan  menenangkan  minda.  Tanpa  keberkatan, maka manusia tidak akan

merasa  lega  dan  puas.  Seperti  meminum air laut ketika dahaga, makin

diminum   akan   semakin   dahaga  jadinya.  Manusia  perlulah   mencari 

keberkatan kerana keberkatan memberi kepuasan.

 

Sebagaimana firman Allah swt:

''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit  perasaan takut 

(kepada musuh)  dan (dengan merasai)  kelaparan,  dan (dengan  berlakunya) 

kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar 

gembira  kepada  orang-orang  yang sabar:  (Iaitu) orang-orang  yang apabila 

mereka  ditimpa  oleh  sesuatu  kesusahan,  mereka  berkata: "Sesungguhnya 

kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka 

itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan 

mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk 

hidayahNya.'' 

(Al-Baqarah 155-157)

 

Betapa bertuahnya orang Islam, kerana Allah swt telah memberikan satu

cara bagi mendapat berkat pada harta, ia membuka jalan keberkatan pada

hidup dan keluarga, itulah namanya sedekah, infak dan zakat. Berkat pada

zakat  contonya  amat  besar  kesannya.  Ianya   dapat  menatijahkan 

kesejahteraan yang berpanjangan walau di mana kita berada.

 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

''Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya

dengan cara yang benar, diberkati padanya,"

(HR Ahmad)

 

Berkat  pada zakat ibarat baja pada pokok. Fungsi baja menyuburkan pokok,

agar pokok yang ditanam hidup subur, tegak menjulang ke langit dan akarnya

kuat  mencengkam  bumi. Dahannya kukuh dan rantingnya teguh. Daun subur

hijau  merimbun  dan meneduhkan. Paling akhir pokok itu akan berbunga dan

berbuah, masak meranum dapat manfaat pada manusia juga haiwan.

 

Begitulah  fungsi  zakat  pada harta  manusia. Zakat memberikan kesuburan

kepada  harta  dalam  bentuk  yang  tidak  nampak lahiriahnya, tapi ditandai

dengan pelbagai perkara. Harta kita tidak cepat rosak, tahan bertahun-tahun

lamanya diguna. Ia juga memberikan manfaat kepada ramai orang.

 

Harta-harta kita juga terselamat daripada nafsu rakus manusia, tidak dicuri

dan disamun.  Bahkan harta itu juga dapat membawa kita kepada jalan bagi

mendekati Allah dan bukan sebaliknya.

Sabda Rasulullah saw:

''Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-bentang zakat".

(HR Abu Daud)

 

Apa yang lebih penting memastikan harta yang diperolehi itu menerusi

jalan yang halal lagi berkat. Ini kerana jika jalannya halal namun tidak

menjaga syariat yang lain, sebagai contoh sengaja membuka aurat atau

meninggalkan solat, maka rezeki itu halal tetapi tidak berkat.

 

Firman Allah swt:

"Wahai  sekelian  manusia,  makanlah yang halal lagi baik daripada apa

yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah

syaitan,  kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu."

(Al-Baqarah:168)

 

Hendaklah  memastikan  harta  ditunaikan  secara  sepatutnya.  Amanah

harta  antara  lain  ialah  menyalurkannya kepada  tanggungan kita yang

berhak,  contohnya kepada ibu bapa dan anak isteri.  Amanah harta juga

ialah memastikan ia tidak disalah guna seperti dibelanjakan ke meja judi 

atau membeli keseronokan duniawi semata-mata. Infak, zakat dan 

sedekah juga adalah amanah harta.

Sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),

sebelum  kamu  menafkahkan  sebahagian harta yang kamu cintai. 

Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah 

mengetahuinya".

(Ali-Imran:92)

 

Menunaikan  hak  yang  wujud  pada harta dengan ikhlas tanpa riak dan

sombong. Ini kerana, Allah swt amat membenci golongan yang memberi

tetapi  hatinya  diselaputi  rasa  sombong,  perasaannya penuh riak dan

mengharapkan pujian daripada orang.

 

Allah swt berfirman:

"Dan  berbuat  baiklah  kepada  dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-

anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat,

ibnu sabil dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-

orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."

(An-Nisa':36)

 

Sudah  jelas  kepada  kita,  bahawa Islam mendidik kita agar berhemah dalam

kehidupan. Anjuran Islam samada supaya kita berderma, bersedekah, berinfak

dan  berzakat,  hakikatnya  adalah demi kebaikan kita kembali. Ini kerana, itu

adalah jalan menuju kesejahteraan hakiki.

 

Firman Allah swt;

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertqwa, dan

membenarkan  adanya  pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan

menyiapkan baginya jalan yang mudah."

(Al-Lail: 5-7)

 

Oleh itu terpulang kepada kita cara untuk mengambil keberkatan itu.

 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No one else can ever make your choices for you. 

Your choices are yours alone.

They are as much 

a part of you as every breath you will take, 

every moment of your life.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

You cannot manage your life,

 if you do not manage your self.

You cannot manage your self,

 if you do not manage your choices.

 Manage your choices, 

and you will manage your life.