Khamis

Sukan Pasti...











Assalamualaikum,semua.

5/4/2009 adalah hari sukan utk pasti kawasan sekitar Serdang/Seri Kembangan.'Ammaar dipilih utk 'jaga bola' . kesian.. he he ..rupanya jadi Penjaga Gol utk Pasukan Pasti Putra Permai.
1 minggu sebelum, dah pergi beli kasut baru.lepas tu kena beli stokin pulak..pasai kalau tak beli ,kalah.Ini kira ugutan... . Haa..lepas tu nak sarung tangan pulak...katanya nanti kotor tangan.tapi tak beli pun pasai dah melebih dah nie.

Pagi pukul 8 lebih sikit ,kami dah sampai Institut Pertanian Serdang /UPM.
Akhirnya..pasukan 'Ammaar dapat tempat ke 3. ok la dapat gangsa. Keseluruhan sukan ini sederhana sahaja. Sponsor kurang mungkin...
Adik Emine tak ikut pasai 'kaki tidur'. Ateh layan dia... pukul 11 lebih baru mangkit.
Lepas dapat hadiah ,kami terus balik.
Letih jugak la..


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.