Jumaat

Renungan Ramadan

Assalamualaikum, semua.
 
Perkara2 "Non-Complience" di Bulan Puasa.....
 
1)                     BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT.
Ia adalah satu DOSA yang AMAT BESAR. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja boleh menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi MENJADI SIA-SIA.
2)                     Tidak mengutamakan solat fardhu secara berjemaah sebagaimana Solat Sunat Tarawih berjemaah. Ini jelas suatu KEJAHILAN yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa atau buat2 lupa serta tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat.
 
3)                     BERPUASA TANPA MENJAGA AURAT DENGAN SEMPURNA.
Ini adalah suatu DOSA BESAR dilakukan oleh Orang2 yang berpuasa. Tidak menutup aurat dengan SEMPURNA bermakna seorang individu itu secara berterusan berdosa dengan Allah s.w.t. 
Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
 
4)                    BERSUNGGUH-SUNGGUH BERIBADAH HANYA DI AWAL RAMADDAN
Ini adalah mentalitI masyarakat kita sekarang. Sedangkan 10 hari Pertama Ramaddan Allah s.w.t kurniakan 'Kerahmatan', 10 hari kedua Allah s.w.t ampunkan dosa2, 10 Hari yang ke-3 Diselamatkan dari Api Neraka…! Juga di akhir Ramaddan adanya Malam Lailatul Qadar..Diberi Ganjaran pahala seumpama beribadah 1000 Bln …!!
Tapi org kita sibuk dengan Malam Lailatul 'Bakar' kuihnya…. Malam Lailatul 'Pelitanya'.. Malam Lailatul 'Balik Kampungnya'…. Aduuuuuuh ruginya….!!!
 
5)                     MALAS BANGUN SAHUR JADI MAKAN WAKTU TENGAH MALAM.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
6)                     BANYAK TIDUR DI SIANG HARI DENGAN ALASAN IA NYA SATU IBADAH
 
7)                     BERPUASA TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN DOSA RIBA'.
 
8)                     BERSAHUR TANPA ADA AMALAN2 LAIN CONTOHNYA SOLAT TAHAJUD, TAUBAT, HAJAT.
 
9)                     KURANG BERDOA KETIKA BERPUASA DAN BERBUKA.