Khamis

Re: Wedding

Waalaikumussalam. Isteriku Rijaliza;
 
Terima kasih banyak atas kata kata penuh syahdu dan padat dengan makna mendalam.
 
Tiada kata seindah kalimah Al Quran untuk isteri tersayang.Semoga kita sentiasa dapat mendampingi ia dengan belajar,membaca,menghafal dan meneliti maknanya.
 
Al-fatihah, Al ikhlas, As-syam,Ya-siin, Al-Mulk, Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar ,2 Ayat terakhir Al-Baqarah dan lain lain malah semuanya.
 
Buat seminggu ini ,abang bercadang supaya kita pakat hafal semua ayat ayat hafalan utk tingkatan 1 dan 2.Abang dah minta Ateh hafal dan nanti kita pakat uji hafalan masing2.
 
Insyallah.
 
"YA ALLAH ,BANTULAH KAMI AGAR SENTIASA DAPAT MENGINGATI-MU DAN BERAMAL IBADAT IKHLAS KERANA-MU"

2009/9/9 Rijaliza Abdul Rahman <liza@intraline.com.my>

Asslamualaikum,
SELAMAT HARI ULAGTAHUN PERKAHWINAN KITA KE-7.
Ucapan ini ditujukan khas buat insan tercinta suamiku... Shafawi
 
Terimakasih diatas kasih sayang dan perhatian ke atas diri ini.
Terlalu banyak kesabaran melayani kerenah diri ini.
Berlimpah nasihat dan kata-kata perangsang dicurahkan.
Bercambah cinta di setiap waktu.
 
Terukir senyum walaupun terpalit kekecewaan.
Jatuh dan bangun bersama dalam meniti usia.
Berhati waja dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang anak, suami, abah dan abang.
 
Isterimu...
Memohon maaf atas ketelanjuran kata dan tindakan.
Mengharapkan kematangan dalam mencari petunjuk ke arah kebaikan.
Inginkan bimbingan agar menjadi isteri yan solehah.
Memohon restu atas segala tindakan agar diberkati.
 
 
Ya Allah kau berkati lah rumahtangga kami. Lapangkan hati kami dan anak-anak demi menjaga agamaMu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin