Rabu

Takdir

Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam Al-Qur'an di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing ). Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan ); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.(surah Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,…..(surah Az-Zmar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan …….(surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain yang membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tipa-tiap orang (ke padang mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi. (surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (surah Al-Haaqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (surah Al-Insan:12-13)
Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (surah An-Nazi'at:36)
Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur'an. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur'an dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (surah Yunus:61)