Selasa

Tolong semak :Sembahyang kita

Sikap manusia berpunca dari hatinya.

Di dalam hadis, Nabi s.a.w. menegaskan; “Dalam diri manusia ada segumpal daging. Jika baik daging itu, akan baiklah seluruh jasad dan jika ia rosak, akan rosaklah seluruh jasad. Segumpal daging itu ialah hati” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Apabila dalam diri kita ada rasa kemalasan untuk mengerjakan solat, tidak seronok mengerjakannya atau tidak berasa bersalah melewat-lewatkannya, maka itu berpunca dari hati kita yang kotor dan berpenyakit.

Punca hati kita menjadi kotor
ialah kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini kepada Allah.

Oleh itu, untuk mendapatkan kembali perasaan seronok di dalam hati tatkala melakukan ibadah dan berasa rugi apabila meninggalkannya atau terlewat mengerjakannya, kita hendaklah

berusaha membersihkan hati kita.

Langkah pertama
ialah dengan kita meninggalkan dosa dan maksiat serta segala perkara lagha (sia-sia) yang biasa kita lakukan selama ini yang menjauhkan kita dari Allah.
Seterusnya,
kita berusaha menambah ilmu dengan mendampingi para alim-ulamak (yakni belajar dari mereka), membaca kitab-kitab agama, mendengar kaset agama dan sebagainya.
Semakin bertambah ilmu,
Insya Allah akan semakin teranglah hati kita dan
akan semakin bertambahlah kesedaran dan penghayatan hati itu terhadap tuntutan Allah.

Namun ilmu sahaja tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan amalan.

Amal adalah gandingan kepada ilmu.
Menurut ulamak; kehidupan seorang muslim hendaklah berlegar antara ilmu dan amal.
Beramal hendaklah bermula dari yang
fardhu, kemudian disusuli dengan yang sunat.

Jika kita dapat istiqamah dalam taubat, menuntut ilmu dan beramal,

Insya-Allah hati kita akan sentiasa bersih dan semangat untuk mengerjakan amal soleh akan tetap utuh di dalam jiwa dan hati sanubari kita.Wallahu a’lam.