Khamis

Mutiara Motivasi -peluang keEMASan

Petikan daripada laman Hadzrin: moga bermanfaat.

"Saya mengingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, jika Allah bagi kita susah bermakna Allah Sayang kita dan disaat itu sebenarnya kita menguatkan iman kita dan insyaAllah, waktu itu kita sebenarnya sedang membina kekayaan yang Dasyat sekali di akhirat dengan izin Allah. Sebab itu, kita selalu bersyukur walaupun waktu itu kita ditimpa masalah atau musibah. Sunnguh beruntung bagi orang-orang yang tahu akan rahsia ini. Bila kita selalu bersyukur dan tidak mengeluh, pastinya didunia juga kita akan bangkit semula. Allahuakbar ! Allah Maha Penyayang."

"Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan perkara yang Allah sangat sayang dekat kita iaitu selalu mengingatinya di saat kita senang dan kita susah. "

 

 Allah beri pahala kepada hambanya dengan hanya menyuruh hambanya berzikir, bertasbih dan melakukan kebaikan yang tidak keluar modal satu sen pun….Mashya Allah…. Allah SWT bagi pahala kepada hambanya dengan hanya selalu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah…hanya berbuat demikian , hambanya yang solleh menjadi orang yang paling hebat dan senang di akhirat.itu sahaja,

 Allah telah sediakan Mahligai yang lebih besar dari bumi dan kenderaan – kenderaan yang dashyat lebih dashyat dari kereta Ferrari atau Bentley…yang kelajuan kenderaan itu lebih laju dari kelajuan cahaya… Semua ini Allah sediakan untuk hambanya yang bertakwa dan beriman. Tak perlu nak bayar downpayment atau instalment. Hanya perlu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah !

Kenapa Allah sediakan semua ini? Kerana Allah Maha Pemurah ! Allah Maha Penyayang ! Allahuakbar !Masa Depan yang cemerlang bila kita dapat melakukan ibadah termasuklah kerja kita sebagai ibadah untuk mendapat Rahmat dari Allah. Masa Depan yang sebenar ialah kejayaan di kehidupan selepas ini. Kehidupan yang tiada noktah. Kehidupan yang bersenang lenang selepas bersusah payah melakukan ibadah semasa hidup dalam masa sama orang lain bersenang lenang dan sibuk mengejar kekayaan dunia.

Alangkah indahnya jika kita dapat selami dan hayati sifat Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih. Alhamdulillah, Allah sayang dan kasihkan kita kerana memberi kita kesedaran untuk memilih yang benar baik untuk kita dan mengingatkan kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang akan menyusahkan kita di akhirat.