Rabu

'Ammaar dah 8 tahun (13JUN2011)

Salam semua.

 

Dua hari lepas adalah hari lahir 'Ammaar Sufiyy kali ke 8. Sudah besar panjang... berkadar terus dengan masa.Sebagai tanda meraikan,kami sekeluarga ke A&W untuk makan2 dan bergambar.Orang tak ramai tapi servis agak lemah dari segi kemesraan pelanggan. 'Ammaar pun nampak ceria walaupun sering mengusik Emine. Perangai ini masih tak berubah lagi walau umur dah bertambah.Emine pun boleh tahan dok provok abangnya.Hmmmm.Agak tension.

 

Alhamdulillah keceriaan  berganda bilamana petang tuu  'Ammaar tunjuk yang dia score 4'A' dalam Pendidikan Islam, Fekah, Bahasa Arab(sekolah kebangsaan dan sekolah agama).Namun keputusan rasmi belum dapat untuk semua matapelajaran. Harap 'Ammaar semakin hari semakin baik dalam pelajarannya.

 

Masuk kereta, saya terus beri hadiah 5 buah buku cerita dan latihan BM kepada 'Ammaar. Inilah hadiah yang diminta oleh 'Ammaar sendiri cuma tak balut dengan kertas berlatarkan 'spiderman' sahaja.

 

Idea untuk hadiah dari ibunya ialah terserah kepada 'Ammaar sendiri asalkan berfaedah. Ini supaya 'Ammaar lebih menghargai hadiah yang dia pilih sendiri juga.Bernas ..kerana berdasarkan kepada pengalaman lepas.

 

Pada 24-Jun-2011 ada majlis hari lahir bulanan di PASTI. Jadi boleh sambut untuk 'Ammaar dan Emine serentak.Emine sangat beria-ia.Kena plan awai jugak.tempah kek dan bungkus hadiah untuk kawan2.berapa ramai?

 

30-Jun-2011 ...hari lahir Emine kali ke -5. Aktiviti yang sangat di tunggu oleh 'Ammaar ialah nak pergi tengok wayang "TRANSFORMER"-"DARK OF THE MOON".Moga tak ada aral melintang pada 2/7/2011.

 

Setakat ini dulu...yang pasti makin bertambah umur anak2 ..maka semakin tua lah kita sebagai ibu bapa.
 
15JUN2011: 'Ammaar terberak pula dalam seluar semasa dalam kereta. Mungkin makan manggis kot malam tadi.Jadi cuti la hari ini. sekarang dok tunggu giliran doktor panggil untuk masuk ambil ubat.