Jumaat

Ateh, Hawa,WaniRadi

Assalamualaikum,semua.

16~22-03-09 : cuti sekolah. Ateh tak boleh balik kg.Sahaja saya buat begini utk biasakan Ateh bahawa setiap kali ada cuti ,dia tak semestinya balik kg. Saya sudah bagi plan balik kg utk 2009.Tak pasti redha atau terpaksa ,atau terpaksa redha.kasihan.
Jadi aktiviti hariannya ialah fokus study geo,sej,sc dan kh utk tingkatan 1. Ada beberapa tajuk lagi belum cover .Harap sebelum cuti panjang semua tajuk tingkatan 1 akan habis di-baca. baca?...ya ..mungkin tak memadai utk Ateh.

21/3/2009 : pergi ambil hawa,utk balik kg pasai ada exam matematik.tambang bas AB rm 55. bertolak dari Shah Alam ,jam 10.00mlm.

22/3/2009 : Pagi jam 8:30 call Radi ,pasal nak tolong angkat barang rumah.jam 9.05 dah tercegat kat bawah rumah Radi. jam 12 ,selesai. bawa kereta kancil Radi utk pergi rumah Wani di Salak Tinggi.
Memang Radi nak buat 'kejutan' kat isteri tercinta-nya. Kalau tak isteri siapa lagi..kan?..hehe.
Cantik warna dalaman rumah Wani/Radi. "Semua ni idea Wani ...kata Radi."

25-26/3/2009 : Hawa tolak balik kajang jam 11:30 mlm.Ambil dia jam 6:45 pg . Hantar Ateh ke Ko-Korikulum sekali...Malam kenduri nasi lemak.
jam 8:30 ,p ambil MC hawa. dapat 2 hari. Doktor pula terang beberapa "masalah" saya. Memang lepas ini kena kawal makan.Klorestrol tinggi...Hati tak sihat....
Doktor kata nak test pulak lepas 6 bulan.Harap ok balik la.

Bacaan gula 6.8.

27/3/2009 : Saya ambil 'Book-Off" pasai kerja malam pada 13/3/2009 yg lepas.Lepas sembahyang ,lepak kat CyberCafe ..kejab.Kena ambil 'ammar awai hari ini. tidak kena marah lagi..he he.


Semoga berjumpa lagi...terima kasih.