Jumaat

Khutbah Jumaat Masjid Tabung Haji Kelana Jaya

Assalamualaikum, semua.
 
Hari ini saya berkesempatan untuk sembahyang jumaat di Masjid Tabung Haji. Isi Khutbah menyentuh tentang KEADILAN ISLAM.
 
Berpandukan Hadis , Khatib mengatakan bahawa terdapat 3 golongan Hakim . 2 Golongan akan masuk NERAKA dan 1 golongan akan ke SYURGA.
 
1. Hakim yang ADIL.
 
2. Hakim yang JAHIL.
 
3. Hakim yang KHIANAT.
 
Selain itu juga Khatib mengajak jemaah supaya membawa BEKAL yang secukupnya untuk bertemu Allah swt. Sebaik baik bekal ialah TAKWA.
 
Kita semua keluar rumah pagi balik petang adalah untuk mencari rezeki. Untuk apa semua? Kebanyakan akan berkata untuk BEKAL masa hadapan, BEKAL hari tua , BEKAL untuk anak2 dan lain2.
 
Namun disamping semua di atas, Khatib berpesan agar kita jangan lupa untuk bermuhasabah akan BEKALAN TAKWA kita selama ini.
 
Khatib juga menyentuh berkenaan VIRUS terkini yang ALLAH turunkan."SELSEMA BABI".
 
BENARLAH... ALLAH ADALAH TUHAN KITA YANG MAHA PENCIPTA ,MAHA PERKASA , MAHA BIJAK SANA.
 
Semoga ringkasan ini bermanfaat. Yang silap adalah dari saya , yang baik dari ALLAH SWT.
 
 
Jumpa lagi.