Khamis

Amalan Baik

Nota : "Sila pastikan sumber bagi setiap amalan baik di bawah. Ini untuk mengelak kita beramal sesuatu yang tiada nas yang tepat.Semoga Allah menunjukki kita jalanNYA yang lurus."

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
>
> 1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan
> meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat
> pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan
> berwuduk.
> 2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana
> hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua
> dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
> 3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari,
> insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
> hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
> 4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan
> hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di
> samping beroleh ketenangan fikiran.
> 5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
> mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
> menunaikan solat fardu.
> 6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan
> diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru
> di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
> 7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
> sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran.
> Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
> 8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat)
> kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat
> jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
> 9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap
> hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh
> orang lain.
> 10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW
> apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
> 11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda
> suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari.
> Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
> 12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW
> makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim.
> Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada
> keperluan
> 13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat
> walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan
> dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
> 14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat
> tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit
> atau memulas akan sembuh
> 15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya
> terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk
> dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu
> Dawud.
> 16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga
> kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan
> kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
> 17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit
> setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat
> wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama
> makmum
> 18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
> mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
> menunaikan solat fardu
> 19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
> Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke
> hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan
> penghadaman
> 20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga
> kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan
> menghindarkannya drp sebarang bencana
> 21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
> menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan
> sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
> 22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (
> astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang
> lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
> 23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000
> kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang
> ancaman musuh serta bahaya fitnah
> 24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring
> sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan
> baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam
> darah
> 25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari
> mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH
> segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
> 26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah
> Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan
> serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) -
> Bukhari
> 27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi
> dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri
> daripada mendapat kemurkaan ALLAH
> 28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam
> keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan
> kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin
> tidur
> 29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat
> secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan
> serta tipudaya syaitan yang melalaikan
> 30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith:
> Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya
> atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
> 31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali
> selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat
> syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
> 32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang
> ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti
> doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang
> menyeluruh
> 33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
> menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat
> sebanyak 70 kali sehari
> 34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun
> (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat
> yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
> 35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi
> nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati
> sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) -
> bukhari
> 36. Adariwayat yang menyatakan bahawa amalan
> berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat,
> insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
> 37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin.
> Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau
> pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
> 38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan
> zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mun gkin kerana
> ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
> 39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
> kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan
> datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
> 40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi
> selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
> 41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada
> setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang
> tidak disangka-sangka baginya
> 42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith:
> Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq
> Alaih
> 43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith:
> Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka
> berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
> 44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat
> saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH
> dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya
> yang lain
> 45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi
> sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan
> sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
> 46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat
> dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita
> serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
> 47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya
> Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3
> kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
> 48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
> kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah
> seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
> 49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan
> terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
> 50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat
> yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali
> setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
>