Rabu

minggu sebelum/semasa cuti bulan 3/2010

Assalamualaikum, semua.
 
Alhamdulillah, seminggu dua ini , saya agak sibuk tapi terkawal. berikut adalah senarai jadual hidup sayayang telah/akan buat;
1. kerja malam pasai ada pmw & full backup server ( dah kerja..buat saja lah)
2. pergi kenduri baca yassin di rumah pak teh ( habaq last minit, tp panggil jugak kann, pergi dengan 'ammaar sahaja)
3.survey utk renovate dapur ( mahai jugak..biar lambat asal jadi)
4.layan ateh pergi kelas tambahan seminggu( pmr dah dekat!!)
5.sambut tetamu daripada kuala kangsar ( kena ada ilmu...pupuk/usaha diri supaya ikhlas kerana Allah SWT)
6.dengar berita baik ( tunggu masa...)
7.tok rabiah mai  ( teringat kat tok chik, "semoga Allah merahmati Tok Chik di sana" )
8.kereta viva ,battery kong  ( timing agak tepat..)
9.sambung main ping pong dengan partner rapat  ( kena belasah..tak faham macam mana boleh kalah)
10.mak mah telefon ( terubat rindu saya,payah mak nak telefon saya,mungkin rindu..)
11. dengar berita adik wiyah buat kenduri ( baguih..semoga di berkati Allah sentiasa)
12.kak asiah beli kereta  baru (canggih.. orang ada duit selalu nya macam tu lah..)
13.hazik dapat 4A4B (budak genius..tuu tak baca buku langsung tuuu {teka saja} )
14. plan pi morib (layan angin sambil pepak kerepek)
15.plan nak p darul syifa bangi (bawak tok)
16. plan pergi rumah amet ( belasah nasik ayam)
17.plan pi zoo ( kena tengok saku jugak nii)
18.sambung pasang astro (boleh layan bola)
19.laptop sound tak ada ( pasai apa ntah)
20.plan pergi perpustakaan bangi saja, reality belum terjadi
21.emine dah boleh baca alfatihah ( tak teruuih lagi pun)
22. 'ammaar selalu wirid 99 nama Allah & suka dengar cerita nabi2 (layan masa nak tidur)
23.ada naik increment sikit (alhamdulillah..rezeki setakat masa ini)
24.kadang2 tiduq awai kekadang lewat ( tapi balok liat nak beribadat...)
25.pergi buat appointment dengan hospital putrajaya (22/3 kena check detail..)
 
Setakat ini dulu ...jumpa lagi
Mohon maaf jika ada salah dan silap
semoga Allah merahmati kita semua dalam apa jua kerja buat
 
"Ya Allah Ya tuhan kami, Bantulah kami supaya dapat selalu ingat kepadaMU dan beramal ibadat ikhlas keranaMU"
"Ya Allah , Terimalah taubat kami, amal kami, doa kami dan iman kami"
"Ya Allah Ya tuhan kami , kurniakan kami SyurgaMU yang penuh nikmat itu""Jauhilah diri kami dan keluarga kami dari siksa api neraka"
Amin.