Ahad

7 Sunnah

Salam,
 
Ketujuh sunnah Nabi
SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman.
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana
pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan
merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan
dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana
dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-
- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang
telah mati.

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan
sihir dan niat jahat manusia.

- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira
seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik
pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang
sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di
bawah pipi.